Khaled Nordin Angkat Sumpah Menteri Besar Johor

Leave a Comment

Khaled Nordin Angkat Sumpah Menteri Besar Johor

Sebentar tadi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin telah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor yang baharu di hadapan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di Bangunan Sultan Ibrahim, Bukit Timbalan, Johor.

Sembilan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) negeri turut mengangkat sumpah.

Exco kerajaan negeri ialah Asiah Md. Ariff (Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga), Md. Jais Sarday (Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi), Tee Siew Kiong (Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan).

Datuk Ir. Hasni Mohammad (Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah) dan Vidyananthan Ramanadhan (Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan dan Sumber Manusia), Abd. Mutalip Abd. Rahim (Pengerusi Jawatankuasa Agama). 

Datuk Abd. Latiff Bandi (Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan), Ismail Mohamed (Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Tani) dan Datuk Zulkurnain Kamisan (Pengerusi Jawatankuasa Sukan, Kebudayaan dan Warisan).

Ianya turut disaksikan para pembesar negeri, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) serta ketua jabatan kerajaan di negeri itu.
Share Informasi Ini Dengan Rakan-Rakan

0 comments: