Kedai Makan Azraai Khor Jurulatih Perak Dipecah Masuk

Leave a Comment
Kedai Makan Azraai Khor Jurulatih Perak Dipecah Masuk

Tiga premis perniagaan termasuk kedai makan jurulatih bola sepak negeri Perak  iaitu Mohd. Azraai Khor Abdullah bersama isterinya, Rohani Ibrahim di Bazar Wakaf Rakyat di Jalan Tun Razak di sini dipecah masuk pencuri.

Ianya berlaku awal pagi kira-kira pukul 7 pagi di mana tiga premis perniagaan ialah dua kedai makan dan sebuah kedai menjual produk makanan.

Rohani mengusahakan kedai makan Azraai Tom Yam mendapat tahu daripada tukang masaknya yang mendapati kesan umpil pada pintu kedai selepas diberitahu peniaga nasi lemak di situ.

Terdapat kesan geledah termasuk di dalam laci almari dan mesin wang.

Kesemua wang siling sekitar RM30 yang ditinggalkan di dalam kedai lesap.
Share Informasi Ini Dengan Rakan-Rakan

0 comments: