Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir MB Kedah Ke-10

Leave a Comment
Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir MB Kedah Ke-10

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah iaitu Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah yang baharu di Istana Anak Bukit.
  
Mukhriz berumur 49 tahun merupakan Menteri Besar Kedah ke-10 selepas merdeka telah melafazkan sumpah memegang jawatan itu di hadapan empat anggota Jemaah Pemangku Sultan Kedah yang dipengerusikan Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah.

Tiga lagi anggota Jemaah Pemangku Sultan Kedah adalah Tan Sri Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah, Datuk Seri Tunku Abdul Hamid Thani Sultan Badlishah dan Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah. 

Bapanya bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan ibunya Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Pengerusi BN Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah dan isteri Mukhriz Datin Norzieta Zakaria turut hadir.

BN memenangi 21 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) untuk membentuk kerajaan.
Share Informasi Ini Dengan Rakan-Rakan

0 comments: