China Berusaha Selamatkan Oasis Bulan Sabit Berusia 2,000 Tahun

Leave a Comment

China Berusaha Selamatkan Oasis Bulan Sabit Berusia 2,000 Tahun

Pemerintah China berusaha menyelamatkan sebuah oasis berusia 2,000 tahun terletak enam kilometer dari bandar Dunhuang, selatan China.

Oasis yang berair di sebuah kawasan padang pasir kini dalam bahaya kerana ia boleh ditimbus dengan pasir.

Ia dikenali sebagai Tasik Bulan Sabit kerana bentuknya seperti bulan sabit.

Paras air di kawasan berkenaan surut sejak beberapa dekad lalu sebelum pihak pentadbiran tempatan mula bertindak memasukkan air ke dalam tasik tersebut pada tahun 2006.
Share Informasi Ini Dengan Rakan-Rakan

0 comments: