Atlet Cacat Penglihatan Mahu Rentas Selat Pulau Pinang

1 comment
Atlet Cacat Penglihatan Mahu Rentas Selat Pulau Pinang

Cacat penglihatan sejak dilahirkan tidak menghalang hasrat Faiq Adnan berumur 23 tahun untuk mencatat rekod peribadi merentasi Selat Pulau Pinang pada 19 Mei 2013.

Atlet Paralimpik Pulau Pinang bergiat aktif dalam sukan renang sejak berusia sembilan tahun menyatakan hasrat terpendam sejak 2008 selepas beliau menyertai acara renang 100 jam berganti-ganti anjuran Kelab Renang Bukit Mertajam.

Faiq merupakan penuntut tahun dua jurusan Kesusasteraan Melayu di Universiti Malaya. Dorongan kuat jurulatih Datuk Ooi Win Juat dan anggota keluarga telah membakar semangat berlatih selama tiga hingga empat jam sehari iaitu empat kali seminggu.

Cabaran sejauh lima kilometer, Faiq akan berenang diiringi jurulatihnya dalam sangkar.

Acara merentas Selat Pulau Pinang bermula pada 9 pagi di Pelabuhan Swettenham dan berakhir di Pantai Bagan Ajam, Butterworth.
Share Informasi Ini Dengan Rakan-Rakan

1 comments:

abdul munir said...

semakin lama,semakin ramai yang ingin mencabar diri sendiri