260,000 Rakyat Somalia Mati Kebuluran Tahun 2010 hingga 2012

Leave a Comment

260,000 Rakyat Somalia Mati Kebuluran Tahun 2010 hingga 2012

Hampir 260,000 rakyat Somalia iaitu separuh terdiri daripada kanak-kanak berusia bawah lima tahun mati akibat kebuluran dari tahun 2010 hingga 2012.

Kebuluran dan kekurangan makanan meragut sekitar 258,000 nyawa antara Oktober 2010 hingga April 2012 termasuk 133,000 orang kanak-kanak berusia bawah lima tahun.

Beberapa amaran sebelum permulaan kemarau panjang di Somalia pada 2010 gagal mencetuskan tindakan awal.

Somalia adalah negara Afrika paling teruk terjejas selepas benua itu dilanda kemarau pada 2011 dengan lebih 13 juta orang terjejas.

PBB mengisytiharkan kemarau tamat pada Februari 2012.
Share Informasi Ini Dengan Rakan-Rakan

0 comments: