Universiti Oxford Tewaskan Universiti Cambridge Lumba Perahu Edisi Ke 159

Leave a Comment

Universiti Oxford Tewaskan Universiti Cambridge Lumba Perahu Edisi Ke 159

Pasukan daripada Universiti Oxford telah berjaya menewaskan Universiti Cambridge untuk muncul juara perlumbaan perahu untuk edisi ke-159.

Pasukan Oxford berjaya memenangi perlumbaan sejauh 6.8 kilometer dengan catatan masa 17 minit dan 27 saat.

Pasukan Universiti Cambridge memenangi perlumbaan itu pada tahun 2012.

Kedua-dua buah universiti tertua di Britain bertanding acara perahu buat kali pertama tahun 1829 sebelum meneruskan tradisi itu pada tahun 1856.

Universiti Cambridge menjadi juara sebanyak 81 kali berbanding Oxford hanya mencatatkan 77 kemenangan.
Share Informasi Ini Dengan Rakan-Rakan

0 comments: