Tesco Tanam 25,000 Pokok Karas di UPSI

Leave a Comment
Tesco Tanam 25,000 Pokok Karas di UPSI

Sebanyak 25,000 pokok jenis karas akan ditanam di kampus Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) melalui inisiatif program penghijauan yang dianjurkan oleh Tesco dengan kerjasama Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB).

Naib Canselor UPSI iaitu Prof. Datuk Dr. Zakaria Kasa berkata pokok karas merupakan salah satu spesies terkenal dengan hasilan gaharu ditanam secara berperingkat dalam tempoh setahun di Kampus Sultan Azlan Shah.

UPSI berbangga dipilih sebagai institusi pengajian tinggi pertama di negara ini yang terlibat dalam inisiatif berkenaan.

UPSI menyediakan kira-kira 10 hektar tanah dan percaya lebih ramai warga universiti akan menyedari pentingnya menghijaukan alam sekitar.
Share Informasi Ini Dengan Rakan-Rakan

0 comments: