Juruterbang Muda Malaysia disambut Meriah di New York

Leave a Comment
Juruterbang Muda Malaysia disambut Meriah di New York

Seorang juruterbang muda dari Malaysia diberi sambutan meriah di New York selepas beliau mendarat dengan pesawat Cessna 210 Eagle yang diberi nama 'The Spirit of Malaysia' di Teteboro, New Jersey.

Majlis dihoskan pejabat Tourism Malaysia New York berlangsung di pejabat wakil tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB).

Kapten James Anthony Tan berumur 21 tahun berlepas dari Langkawi pada 26 Mac 2013 bagi misi terbang mengelilingi dunia secara solo dengan menggunakan pesawat kecil.

Semasa mendarat di Teteboro, Tan telah melakukan penerbangan sejauh 20,000km atau ke separuh dunia dengan melintasi Subang, Thailand, Vietnam, Taiwan, Jepun, Rusia dan Kanada.

Beliau dijangka kembali ke Malaysia pada atau sebelum 15 Mei.
Share Informasi Ini Dengan Rakan-Rakan

0 comments: