Datuk Lee Chong Wei dan Pandelela Rinong Olahragawan dan Olahragawati Kebangsaan 2012

Leave a Comment

Datuk Lee Chong Wei dan Pandelela Rinong Olahragawan dan Olahragawati Kebangsaan 2012

Jaguh badminton negara iaitu Datuk Lee Chong Wei dan ratu terjun negara iaitu Pandelela Rinong telah dinobatkan sebagai Olahragawan dan Olahragawati Kebang saan pada Anugerah Sukan Negara 2012.

Buat Chong Wei merupakan kali keempat beliau menerima anugerah dengan pertama kali menerima anugerah berkenaan pada tahun 2005 dan diikuti pada 2008 dan 2011.

Bagi Pandelela pula merupakan kali kedua beliau menerima anugerah tersebut di mana pertama kali pada tahun lepas.

Chong Wei dan Pandelela masing-masing menerima trofi dan wang tunai RM20,000 daripada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah yang berkenan berangkat ke majlis tersebut.
Share Informasi Ini Dengan Rakan-Rakan

0 comments: