Bayaran Haji Kekal RM9,980 Bagi Setiap Seorang Jemaah Muasassah

Leave a Comment

Bayaran Haji Kekal RM9,980 Bagi Setiap Seorang Jemaah Muasassah

Bayaran haji kekal pada nilai RM9,980 walaupun kos sebenar mengerjakan ibadah haji tahun 2013 dijangka meningkat.
    
Pada tahun ini, Tabung Haji akan membiayai RM5,575 tiap seorang jemaah muasassah berbanding RM5,100 tiap seorang pada tahun 2012 bagi membolehkan bayaran haji kekal pada RM9,980 seperti tahun sebelumnya.
    
Pembangunan perluasan kawasan sekitar Masjidil Haram di kota Mekah telah menyaksikan pihak TH terpaksa menyewa beberapa bangunan baru seterusnya meningkatkan kos sebenar haji.

Beberapa bangunan termasuk yang disewa TH untuk jemaah di musim haji pada tahun lepas telah pun dirobohkan. 

Justeru, bangunan ditawarkan pada musim haji nanti semakin berkurangan dan mengakibatkan kos bagi menyewa bangunan baru.
Share Informasi Ini Dengan Rakan-Rakan

0 comments: