500000 Penduduk Ibu Negara dan Gombak Terputus Bekalan Air


500000 Penduduk Ibu Negara dan Gombak Terputus Bekalan Air

Setengah juta penduduk di ibu negara dan Gombak dijangka mengalami gangguan bekalan air selama seminggu disebabkan paip pecah berlaku di tebing sungai di Kampung Melayu Batu Caves, Gombak.

Saluran paip berukur lilit 200 sentimeter mendapat bekalan air dari kawasan tadahan air di Kolam Air Dusun Kubung di Selayang dan membekalkan air sehingga ke Wangsa Maju itu pecah pada pukul 10 malam.

Hujan lebat menyebabkan hakisan tanah seterusnya bongkah penapis roboh menimpa saluran paip itu lalu menyebabkan saluran pecah.

Kerja-kerja baik pulih dijangka siap hari ini tetapi bekalan air akan pulih secara berperingkat-peringkat dalam tempoh seminggu.
0 Komentar untuk "500000 Penduduk Ibu Negara dan Gombak Terputus Bekalan Air"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Back To Top