425,504 Jawatan Kosong Sektor Swasta Seluruh Negara

Leave a Comment
425,504 Jawatan Kosong Sektor Swasta Seluruh Negara


Sebanyak 425,504 kekosongan jawatan yang meliputi bidang pengurusan, profesional dan pekerja asas terdapat di sektor swasta menawarkan gaji antara RM900 hingga RM3,000 sebulan di seluruh negara.

Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia daripada Kementerian Sumber Manusia iaitu Mohd. Asri Abdul Wahab telah menjelaskan bahawa sebanyak 311,168 kekosongan adalah dalam bidang pekerja asas, operator (35,109), perkhidmatan dan jualan (25,763), tenaga profesional (11,387) dan pengurusan (2,908).

Selebihnya terdiri daripada bidang perkeranian, pekerja mahir pertanian, perhutanan, perikanan dan pertukangan. Pencari kerja boleh memanfaatkan peluang yang ada untuk mengisi kekosongan jawatan yang ditawarkan.
Share Informasi Ini Dengan Rakan-Rakan

0 comments: