Wan Zack dan Nazirul Naim ke FC Ryukyu Jepun

1 comment

Wan Zack dan Nazirul Naim ke FC Ryukyu Jepun

Bek kiri Harimau Muda A, Nazirul Naim Che Hashim melakukan kejutan apabila terpilih ke kelab Divisyen Tiga Jepun, FC Ryukyu bersama pemain sayap Harimau Malaya, Wan Zack Haikal Wan Noor. Wan Zack merupakan pemain yang mampu beraksi di posisi sayap.

Nazirul berumur 20 tahun mempunyai kekuatan semulajadi kaki kiri dan menjadi pilihan dalam kesebelasan utama Harimau Muda A malah mampu beraksi sebagai sayap kiri.

Pemilihan kedua-dua pemain dimaklumkan oleh jurulatih Harimau Muda A iaitu Ong Kim Swee yang mengatakan Ryukyu mempunyai sebab tersendiri memilih Wan Zack dan Nazirul.
Share Informasi Ini Dengan Rakan-Rakan

1 comments:

boni kacak said...

wah.. terbaiklah.. rezeki dorang. haraplah banyak yang dorang belajar kat sana nanti :)