Honda EX5 Digantung Akibat Cuba Curi Wang Masjid

Leave a Comment

Honda EX5 Digantung Akibat Cuba Curi Wang Masjid

Akibat marah dengan dua lelaki yang cuba mencuri wang tabung masjid, penduduk Kampung Surau Haji Mat Zain bertindak menggantung motosikal ditinggalkan suspek pada sebatang tiang telefon.

Seorang penduduk ternampak dua lelaki menunggang motosikal dalam keadaan mencurigakan di dalam perkarangan masjid kampung pada waktu malam dan dua orang lelaki terkejut melarikan diri apabila penduduk kampung tiba di masjid tersebut.

Suspek terbabit ditunggu jika mereka datang hendak menurunkan motosikal tetapi hampa apabila tidak juga muncul-muncul.

Motosikal jenis Honda EX5 diturunkan dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
Share Informasi Ini Dengan Rakan-Rakan

0 comments: