Diskaun Tahun Baru Cina Daripada Maxis


Diskaun Tahun Baru Cina Daripada Maxis

Maxis menawarkan diskaun istimewa untuk panggilan dan perantauan bersempena sambutan Tahun Baru Cina.

Ianya merangkumi diskaun 30 peratus untuk panggilan IDD ke Australia, China, Hong Kong, Macau, Vietnam, Myanmar, Singapura, Taiwan, United Kingdom dan Amerika Syarikat pada 10 Februari ini.

Pelanggan juga akan menikmati diskaun 50 peratus untuk panggilan tempatan ke nombor-Maxis dan Hotlink bermula jam 10 pagi hingga 2 petang pada 10 dan 11 Februari 2013. Ia dipaparkan dalam bil bulanan pelanggan yang berikutnya.

Panggilan juga boleh dibuat ke Malaysia dari China, Hong Kong dan Taiwan hanya RM2.99 seminit dengan perkhidmatan Easy Callback Maxis.

Pelanggan perlu mendail *100# daripada telefon mudah alih mereka dan sah daripada 10 hingga 28 Februari 2013 sahaja.
0 Komentar untuk "Diskaun Tahun Baru Cina Daripada Maxis"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Back To Top