Ana Dahlia Kemalangan Kereta di Jalan Genting Klang


Ana Dahlia Kemalangan Kereta di Jalan Genting Klang

Pelakon Ana Dahlia nyaris maut apabila kereta yang dipandunya terlibat dalam kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan di Jalan Genting Klang.

Ianya melibatkan kereta jenis Proton Iswara dipandu A. Chandran Segaran berumur 30 tahun, Toyota Vios yang dipandu Ana Dahlia dan sebuah van dinaiki tiga lelaki.

Kereta Ana Dahlia tersadai di atas benteng pembahagi jalan akibat dirempuh kuat.

Kereta Chandran Segaran terbabas ketika dalam perjalanan dari Gombak ke pusat bandar lalu merempuh dua lagi kenderaan tetapi semua yang terlibat tidak mengalami kecederaan serius.

Tag : Ana Dahlia
0 Komentar untuk "Ana Dahlia Kemalangan Kereta di Jalan Genting Klang"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Back To Top