Tol Lebuhraya Kesas Turun Tengah Malam Ini


Tol Lebuhraya Kesas Turun Tengah Malam Ini

Kadar tol di Lebuhraya Shah Alam (Kesas) akan diturunkan antara 10 sen dan 40 sen mulai tengah malam ini.

Kadar tol untuk Kelas 1 iaitu kereta biasa diturunkan sebanyak 20 sen iaitu dari RM2.20 kepada RM2.

Kenderaan Kelas 2 iaitu dua gandar atau enam tayar (kecuali bas) akan menikmati pengurangan tol sebanyak 30 sen (dari RM3.30 kepada RM3), Kelas 3 iaitu kenderaan 3 gandar atau lebih sebanyak 40 sen (dari RM4.40 kepada RM4), Kelas 4 iaitu teksi sebanyak 10 sen (dari RM1.10 kepada RM1) manakala Kelas 5 iaitu bas akan menikmati pengurangan 20 sen (dari RM1.70 kepada RM1.50).

298,000 pengguna lebuh raya pada kadar sehari menikmati kadar penurunan dan tidak akan naik sehingga tahun 2016.

Lebuhraya Kesas sepanjang 34.5 km adalah lebuh raya ekspres perbandaran yang menghubungkan antara Sri Petaling di Kuala Lumpur dan Pandamaran di Klang.
2 Komentar untuk "Tol Lebuhraya Kesas Turun Tengah Malam Ini"

alhamdulillah, lepas ni kasi turun lak tol kat tempat lain.

Nak dekat PRU mmg semua akan jd baik. Hik3. Japgi lps PRU mesti semua akan jd kurang baik. Biasa dah !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Back To Top