TM Tawarkan Streamyx 8Mbps Tanpa Had

2 comments

TM Tawarkan Streamyx 8Mbps Tanpa Had

Telekom Malaysia (TM) baru sahaja memperkenalkan pakej terbaru Streamyx yang tertinggi iaitu sebanyak 8Mbps kepada semua pengguna di Malaysia. Seperti mana diketahui umum,  kelajuan tertinggi bagi Streamyx sebelum ini adalah 4Mbps. Kelajuan Internet 8Mbps dijangka menarik minat pengguna yang masih menunggu kedatangan UniFi di tempat kediaman mereka. 

Bayaran bulanan adalah sebanyak RM160 dan bakal menikmati kelajuan Internet 8Mbps, modem WiFi percuma, ID TM WiFi percuma, sebuah telefon talian tetap tanpa wayar serta panggilan percuma kepada semua pengguna talian tetap TM. Jika mendaftar untuk khidmat pembayaran automatik (Auto-Pay) akan menerima rebet sebanyak RM2 sebulan.

TM Tawarkan Streamyx 8Mbps Tanpa Had

Bagi pengguna yang menjalankan bisnes, mereka boleh mendapatkan kelajuan 8Mbps melalui pakej Office in a Box (OIAB) dengan bayaran sebanyak RM308 sebulan yang merangkumi Microsoft Office 365, modem WiFi, Frequent5, ID TM WiFI serta telefon talian tetap tanpa wayar.

Ia masih menawarkan penggunaan Internet tanpa had kepada para pelanggannya yang sesuai kepada yang ingin memuat turun fail-fail yang besar dan banyak daripada Internet tanpa perlu memikirkan tentang caj tambahan yang tersembunyi. Maklumat lanjut berkenaan perkara ini boleh didapati di Laman Web TM.
Share Informasi Ini Dengan Rakan-Rakan

2 comments:

Geng Borak said...

harap takde laa masalah nanti.. huhuhu

neo said...

Sy daftar online jew nk psg
Streamyx http//www.daftarunifionline.com