Tiada Had Harga Beli Telefon Pintar 3G Untuk Rebat RM200

2 comments

Tiada Had Harga Beli Telefon Pintar 3G Untuk Rebat RM200

Keputusan ini pasti menggembirakan belia berumur 21 hingga 30 tahun berpendapatan RM3,000 ke bawah apabila Mesyuarat Kabinet bersetuju mereka boleh membeli apa jua jenis telefon pintar tanpa mengira harga untuk mendapatkan rebat RM200 seperti yang diumumkan dalam Bajet 2013.

Ianya diumumkan oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim selepas mempengerusikan mesyuarat pasca Kabinet kementerian tersebut.

Pelaksanaan skim tersebut berdasarkan prinsip 'siapa cepat dia dapat' sehingga peruntukan RM300 juta untuk skim itu habis.

Tujuh syarikat telekomunikasi yang melaksanakan skim ini di bawah koordinasi SKMM ialah Celcom, Clixster, DiGi, Maxis, Tune Talk, U Mobile dan YTL Communications. Pendaftaran boleh di buat secara online di http://nbi.skmm.gov.my/
Share Informasi Ini Dengan Rakan-Rakan

2 comments:

Umi Nazrah said...

utk nset yg harga rm500 ke bawah aja kan?

Asraff Ruslan said...

mana-mana harga pun boleh beli selepas kabinet putuskan dalam mesyuarat kelmarin.....