Stereng Bas Sekolah Tertanggal

Leave a Comment

Stereng Bas Sekolah Tertanggal

Kejadian ini berlaku di Terengganu apabila seorang pemandu bas sekolah yang membawa 30 pelajar berdepan saat mencemaskan apabila stereng kenderaan tertanggal dan menyebabkan gagal dikawal hingga merempuh sebuah kereta di Kampung Tok Dir.

Pemandu yang bernama Mohd Imran Nordin berumur 25 tahun berkata stereng bas milik bapanya tiba-tiba tertanggal menyebabkan dia menekan brek bagi menghentikan kenderaan berkenaan.

Bas tetap bergerak dan merempuh sebuah kereta. Dia bersyukur kerana semua pelajar dalam basnya selamat.
Share Informasi Ini Dengan Rakan-Rakan

0 comments: