Kanak-kanak Dua Tahun Maut Akibat Dihempap Televisyen

Kanak-kanak Dua Tahun Maut Akibat Dihempap Televisyen

Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun maut dihempap televisyen bersaiz 29 inci di rumahnya di Kampung Masjid Lama, Telok Chengai.

Muhammad Luqhman Hakim Lazzuan sedang menonton televisyen ketika itu sambil bermain berhampiran rak televisyen.

Bapa mangsa, Lazzuan Ishak berumur 37 tahun sedang mandi manakala isterinya Waida Kasim berumur 27 tahun sedang bersolat.

Bunyi dentuman yang kuat berlaku dan Lazzuan Ishak melihat televisyen bersama rak meletak televisyen yang diperbuat daripada besi telah jatuh dan menimpa anaknya.
Tag : Maut, Televisyen
0 Komentar untuk "Kanak-kanak Dua Tahun Maut Akibat Dihempap Televisyen"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Back To Top