Aizat Amdan Nyanyi Lagu Terukir Di Bintang Juara Anugerah Juara Lagu ke-27 (AJL27)

Aizat Amdan Nyanyi Lagu Terukir Di Bintang Juara Anugerah Juara Lagu ke-27 (AJL27)

Penyanyi Aizat Amdan yang menyampaikan lagu Terukir Di Bintang muncul juara Anugerah Juara Lagu ke-27 (AJL27) di Stadium Putra Bukit Jalil.

Yuna selaku komposer dan penulis lirik berjaya membawa pulang hadiah berupa trofi dan wang tunai keseluruhan RM35,000.

Naib juara dimenangi lagu Idola ciptaan Audi Mok serta lirik, Azlan yang dinyanyikan oleh Azlan & The Typewriter membawa pulang hadiah trofi dan wang tunai RM15,000.

Penyanyi Hafiz menang kategori Vokal Terbaik buat kali ketiga berturut-turut dengan menerima trofi dan wang tunai RM10,000. Hafiz bersama komposer Ajai merangkul trofi tempat ketiga melalui lagu Ku Akui membawa pulang bersama wang tunai sebanyak RM12,000.

Bagi pemenang kategori Persembahan Terbaik pula dimenangi penyanyi Black bersama RJ menerusi lagu Teman Pengganti dengan menerima trofi dan wang tunai berjumlah RM10,000. Lagu Ombak Rindu nyanyian Hafiz dan Adira menang anugerah Juara Mobile Xpax.


0 Komentar untuk "Aizat Amdan Nyanyi Lagu Terukir Di Bintang Juara Anugerah Juara Lagu ke-27 (AJL27)"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Back To Top