15,000 Buaya Terlepas di Afrika

Leave a Comment

15,000 Buaya Terlepas di Afrika

Penduduk di sebuah kampung terpaksa berada di dalam rumah sahaja kerana ribuan buaya dipercayai berkeliaran akibat kejadian banjir yang melanda di wilayah utara Afrika Selatan.

15,000 buaya bersaiz sehingga lima meter panjang terlepas dari Taman Buaya Rakwena selepas air sungai Limpopo melimpah.

Empangan air terpaksa dibuka kerana paras air ketika banjir mencecah tiga meter.

Penduduk mesti berhati-hati kerana buaya liar ini kebanyakannya berada dalam kelaparan.
Share Informasi Ini Dengan Rakan-Rakan

0 comments: