Hujan di Terengganu dan Pahang dijangka berterusan hingga Rabu

Leave a Comment
Hujan di Terengganu dan Pahang dijangka berterusan hingga Rabu

Hujan sekejap-sekejap dan kadang-kadang lebat di Terengganu dan Pahang dijangka akan berterusan sehingga hari Rabu ini.

Daerah-daerah terlibat ialah Dungun dan Kemaman di Terengganu dan Kuantan, Pekan dan Rompin di Pahang yang boleh menyebabkan banjir di kawasan-kawasan yang berkedudukan rendah.

Di negeri lain pula, hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana dijangka berlaku di Kelantan, Terengganu, Perlis, Kedah dan Johor juga dijangka berterusan hingga Rabu.

Daerah-daerah yang terlibat ialah Tumpat, Pasir Mas, Kota Baharu, Bachok, Pasir Puteh, Kuala Krai, Tanah Merah dan Machang di Kelantan. Besut, Setiu, Kuala Terengganu, Marang dan Hulu Terengganu di Terengganu. Padang Besar, Kangar dan Arau di Perlis. Baling, Sik, Kubang Pasu dan Padang Terap di Kedah serta Kluang, Mersing dan Kota Tinggi di Johor.

Ia boleh menyebabkan banjir di kawasan-kawasan yang berkedudukan rendah.
Read More

Planet Kembar Bumi Mungkin Ditemui Tahun 2013

Leave a Comment
Planet Kembar Bumi Mungkin Ditemui Tahun 2013

Planet asing yang boleh didiami makhluk Bumi mungkin dikenal pasti pada tahun 2013 mengikut laporan terbaru saintis.

Saintis Abel Mendez yang bertugas di Universiti Puerto Rico di Arecibo berpendapat bahawa akan menemui planet kembar Bumi yang pertama dalam masa terdekat memandangkan penemuan beberapa exoplanet (planet di luar Sistem Suria) sejak beberapa tahun lalu. Lebih 800 exoplanet dikenal pasti berada di luar Sistem Suria.
Read More

Tanah Runtuh di Bukit Setiawangsa

Leave a Comment

Tanah Runtuh di Bukit Setiawangsa

Benteng konkrit di kawasan Bukit Setiawangsa telah runtuh malam tadi dan telah menyebabkan jalan utama di kawasan itu ditutup kepada kenderaan.

Kejadian ini dipercayai berlaku dalam lingkungan jam 9 malam tadi.

Orang ramai khususnya penduduk tidak dibenarkan melalui jalan tersebut kerana masih terdapat pergerakan tanah yang masih berisiko runtuh lebih teruk.

Tiga keluarga yang menetap di tiga buah rumah banglo diarah berpindah berikutan kejadian benteng konkrit di lereng bukit di situ runtuh dan peniaga di 13 lot kedai dua tingkat juga diarah untuk berpindah.

Artikel Hangat Terkini :



Read More

Gambar Majlis Pernikahan Khairul Fahmi Dan Leuniey

Leave a Comment

Gambar Majlis Pernikahan Khairul Fahmi Dan Leuniey

Khairul Fahmi Che Mat berumur 23 tahun dan gadis pilihannya Nur Eilunie Natasha Jaafar berumur 21 tahun telah selamat diijabkabulkan pada pukul 10 pagi.

Gambar Majlis Pernikahan Khairul Fahmi Dan Leuniey

Majlis akad nikah Khairul Fahmi dan Nur Eilunie berlangsung di kediaman Nur Eilunie atau Leuniey di Pasir Pekan, Tumpat.

Gambar Majlis Pernikahan Khairul Fahmi Dan Leuniey

Gambar Majlis Pernikahan Khairul Fahmi Dan Leuniey

Gambar Majlis Pernikahan Khairul Fahmi Dan Leuniey

Gambar Majlis Pernikahan Khairul Fahmi Dan Leuniey

Gambar Majlis Pernikahan Khairul Fahmi Dan Leuniey

Gambar Majlis Pernikahan Khairul Fahmi Dan Leuniey

Mereka akan mengadakan tiga majlis iaitu majlis resepsi pengantin perempuan di Hotel Renaissance, Kota Bharu pada 30 Disember diikuti persandingan di sebelah pengantin lelaki di rumah keluarga Apek di Kampung Chenang, Kota Bharu pada 5 Januari tahun depan.

Artikel Hangat Terkini :

Rebat Telefon Pintar Mulai 1 Januari 2013
Bapa Goncang Bayi Sampai Koma
Uchop Juara Vokal Bukan Sekadar Rupa Musim Kedua
Bandar Kuantan Dilanda Banjir Kilat
Dividen ASB 2012 Lebih Tinggi
26 Terbunuh di Amerika Syarikat Akibat Tembakan Rambang di Sekolah

Sumber : Gambar daripada Instagram Ezuwan Ismail

Read More

Rebat Telefon Pintar Mulai 1 Januari 2013

Leave a Comment

Rebat Telefon Pintar Mulai 1 Januari 2013

Semua belia yang berusia di antara 21 sehingga 30 tahun boleh memohon rebat RM200 bagi pembelian telefon pintar 3G terpilih daripada pengedar berdaftar mulai Selasa ini.

Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Datuk Mohamed Sharil Tarmizi berkata permohonan di bawah Pakej Komunikasi Belia itu boleh dibuat menerusi pendaftaran dalam talian di http://nbi.skmm.gov.my/.

Ianya berasaskan siapa cepat dia dapat dan khas bagi 1.5 juta belia yang layak mendapatkan telefon pintar itu selagi stok masih ada.

Belia yang layak menikmati rebat RM200 boleh membeli telefon pintar 3G terpilih berharga sehingga RM500 daripada pengedar terpilih dan ejen yang dilantik oleh penyedia perkhidmatan.

Artikel Hangat Terkini :

Bapa Goncang Bayi Sampai Koma
Uchop Juara Vokal Bukan Sekadar Rupa Musim Kedua
Bandar Kuantan Dilanda Banjir Kilat
Dividen ASB 2012 Lebih Tinggi
26 Terbunuh di Amerika Syarikat Akibat Tembakan Rambang di Sekolah
Suami Isteri Tinggal Dalam Pembetung Lebih 30 Tahun

Read More

Bapa Goncang Bayi Sampai Koma

Leave a Comment

Bapa Goncang Bayi Sampai Koma

Seorang bapa kandung bertindak kejam dengan menggoncangkan bayi perempuan berusia 38 hari dengan kuat sehingga terlantar koma di Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar.

Bayi tersebut bernama Sofia Juliana dimasukkan ke hospital pada jam 5 pagi Isnin yang lalu selepas mengalami sawan dan tidak sedarkan diri akibat didera oleh bapanya yang berusia 20-an dan juga ditepuk belakang badan dengan kuat.

Bapanya marah kerana bayi tersebut tidak berhenti menangis.

Turut dipercayai juga ibu mangsa, Junita Mahamud yang berumur 23 tahun akan dipukul suaminya sekiranya dia cuba menghalang perbuatan mendera bayi mereka itu.

Artikel Hangat Terkini :

Read More

Uchop Juara Vokal Bukan Sekadar Rupa Musim Kedua

Leave a Comment

Uchop Juara Vokal Bukan Sekadar Rupa Musim Kedua

Juara Vokal Bukan Sekadar Rupa Musim Kedua di TV3 telah dimenangi oleh Uchop. Persembahan oleh Mar dan Uchop memang sangat mantap untuk pentas final. Ianya telah diadili sebanyak 50% dari juri iaitu Datuk Hattan dan Ziana Zain manakala 50% lagi melalui undian SMS.

Uchop baru sahaja mendapat gelaran Juara yang mendapat wang tunai sebanyak RM100,000 berserta trofi dan set muzik bernilai RM10,000 sementara Naib Juara pula iaitu Mar mendapat wang tunai sebanyak RM30,000 berserta trofi. 

Artikel Hangat Terkini :

Bandar Kuantan Dilanda Banjir Kilat
Dividen ASB 2012 Lebih Tinggi
26 Terbunuh di Amerika Syarikat Akibat Tembakan Rambang di Sekolah
Suami Isteri Tinggal Dalam Pembetung Lebih 30 Tahun
Gambar Otak Einstein Didedahkan Muzium AS
Pelanggan Terkejut Ayam Berkaki Empat

Read More

Bandar Kuantan Dilanda Banjir Kilat

3 comments

Bandar Kuantan Dilanda Banjir Kilat

Hujan yang lebat berturut-turut selama tiga jam telah menyebabkan beberapa jalan utama terutama di pusat bandar Kuantan dinaiki air sedalam 1.5 meter.

Jalan tersebut ialah Jalan Tun Ismail Satu, Jalan Beserah, Jalan Wong Ah Jang, Jalan Lim Hoe Lek, Jalan Abd Aziz, Jalan Mahkota, Jalan Bukit Ubi, Jalan Air Putih dan Jalan Pasar.

Ianya berlaku pada pukul 11 pagi semalam telah menyebabkan banyak kenderaan terkandas di jalan raya selain beberapa premis perniagaan ditutup kerana dinaiki air.

Hujan lebat selama tiga jam bermula jam 8 pagi semalam menyebabkan berlaku banjir kilat.

Terdapat 10 kenderaan terkandas dan orang ramai membantu mengalihkan kenderaan mereka.

Lima jam kemudian, air mula surut dan beberapa jalan boleh dilalui semua kenderaan.

Artikel Hangat Terkini :

26 Terbunuh di Amerika Syarikat Akibat Tembakan Rambang di Sekolah
Suami Isteri Tinggal Dalam Pembetung Lebih 30 Tahun
Kate Middleton Isteri Putera William Hamil
Gambar Otak Einstein Didedahkan Muzium AS
Kubur Unik Dikelilingi Projek Kediaman
Pelanggan Terkejut Ayam Berkaki Empat

Read More

Chelsea Belasah Aston Villa 8-0 di Stamford Bridge

Leave a Comment
Chelsea Belasah Aston Villa 8-0 di Stamford Bridge

Chelsea akan berada pada tangga pertama dalam Liga Perdana Inggeris pada Krismas selepas membelasah Aston Villa 8-0 di Stadium Stamford Bridge.

Fernando Torres menjaringkan gola pertama melalui tandukan. Gol kedua melalui sepakan percuma yang menakjubkan oleh David Luiz dan tandukan Branislav Ivanovic untuk gola ketiga pada separuh masa pertama.

Pada separuh masa kedua, Frank Lampard menjaringkan gol keempat dari jarak jauh dan kemudian Ramires menjaringkan gol kelima.

Oscar menjaringkan gol keenam pada minit ke 79 dan Eden Hazard menambah jaringan menjadi tujuh. Akhir sekali, Ramires menjaringkan gol terakhir menjadi lapan pada masa kecederaan.

 

Artikel Hangat Terkini :

Read More

Dividen ASB 2012 Lebih Tinggi

Leave a Comment

Dividen ASB 2012 Lebih Tinggi

7.82 juta pemegang unit Amanah Saham Bumiputera (ASB) menerima durian runtuh apabila Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) telah mengumumkan agihan pendapatan sebanyak 7.75 sen seunit dan bonus 1.15 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012 yang merupakan agihan tertinggi dalam tempoh lima tahun.

Pada tahun lalu ASNB mengeluarkan pengagihan pendapatan sebanyak 7.65 sen seunit.

Pengerusi Permodalan Nasional Bhd (PNB), Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata  pengagihan pendapatan itu membabitkan pembayaran sebanyak RM8.13 bilion yang meningkat sebanyak 17.5 peratus berbanding RM6.92 bilion yang dibayar pada 2011.

Artikel Hangat Terkini :

26 Terbunuh di Amerika Syarikat Akibat Tembakan Rambang di Sekolah
Suami Isteri Tinggal Dalam Pembetung Lebih 30 Tahun
Kate Middleton Isteri Putera William Hamil
Gambar Otak Einstein Didedahkan Muzium AS
Kubur Unik Dikelilingi Projek Kediaman
Pelanggan Terkejut Ayam Berkaki Empat

Read More

Mayat Jacintha Saldanha Jururawat Ditipu Tiba di India

Leave a Comment

Mayat Jacintha Saldanha Jururawat Ditipu Tiba di India

Mayat jururawat Hospital King Edward VII, London iaitu Jacintha Saldanha berumur 46 tahun yang ditemui mati selepas menggantung diri di kediamannya akibat ditipu dua penyampai radio stesen radio Australia yang menyamar sebagai pemerintah Britain, Ratu Elizabeth II dan anakanda baginda, Putera Charles tiba di sebuah lapangan terbang di India untuk dikebumikan.

Majlis pengebumiannya dijangka berlangsung pada hari ini di kampung halaman suaminya, Benedict Barboza di Shirva kira-kira 50 kilometer dari Mangalore.

Barboza bersama-sama kedua-dua anaknya Lisha, 14, dan Junal, 16, mengiringi jenazah Saldanha sepanjang penerbangan ke sini.

Mayat Saldanha akan dikebumikan pada pukul 4 petang waktu tempatan dan dijangka seramai 5,000 orang hadir pada majlis tersebut.

Artikel Hangat Terkini :

26 Terbunuh di Amerika Syarikat Akibat Tembakan Rambang di Sekolah
Suami Isteri Tinggal Dalam Pembetung Lebih 30 Tahun
Kate Middleton Isteri Putera William Hamil
Gambar Otak Einstein Didedahkan Muzium AS
Kubur Unik Dikelilingi Projek Kediaman
Pelanggan Terkejut Ayam Berkaki Empat

Read More

26 Terbunuh di Amerika Syarikat Akibat Tembakan Rambang di Sekolah

Leave a Comment
26 Terbunuh di Amerika Syarikat Akibat Tembakan Rambang di Sekolah

Seorang lelaki yang bersenjata telah melepaskan tembakan rambang dan membunuh 20 orang kanak-kanak dan enam orang dewasa di sebuah sekolah sekali gus menjadi antara insiden tembakan paling buruk dalam sejarah Amerika Syarikat. Mangsa-mangsa berusia antara 5 hingga 10 tahun.

Jurucakap Polis Negeri Connecticut, Leftenan Paul Vance memberitahu seramai 18 orang murid ditembak mati di Sekolah Rendah Sandy Hook dan dua orang lagi mangsa meninggal di hospital akibat cedera parah. Guru besar sekolah itu iaitu Dawn Lafferty Hochsprun turut terbunuh.

Suspek dikatakan membunuh ibunya di rumah mereka sebelum melakukan serangan. Pembunuh yang dikenal pasti sebagai Adam Lanza, 20, kemudian membunuh diri.

Artikel Hangat Terkini :

Read More

Gempa Bumi Gegar Sempadan Bandar Amerika Syarikat dan Mexico

Leave a Comment
Gempa Bumi Gegar Sempadan Bandar Amerika Syarikat dan Mexico

Satu gempa bumi berukuran 6.3 pada skala Richter yang berpusat di Lautan Pasifik menggegarkan bandar Tijuana, Mexico dan San Diego, Amerika Syarikat.

Pusat Gempa Amerika Syarikat (USGS) berkata gempa yang berlaku kira-kira 269 kilometer dari barat daya Rosarito, Mexico berhampiran dengan kawasan sempadan AS di barat laut Mexico.

Gempa itu berpusat pada kedalaman 13.3 kilometer namun tiada amaran tsunami serta laporan kemusnahan harta benda dan kehilangan nyawa.

Artikel Hangat Terkini :

Read More

Datuk K Cedera Kemalangan di New Zealand

Leave a Comment
Datuk K Cedera Kemalangan di New Zealand

Suami penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza iaitu Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa dikenali sebagai "Datuk K" terlibat dalam kemalangan di Queensland, New Zealand.

Datuk K dilaporkan mengalami kecederaan teruk dengan patah bahu, tangan dan kaki namun keadaannya stabil.

Kejadian berlaku kira-kira 12.45 tengah waktu Malaysia (4.45 petang waktu tempatan) ketika sedang menunggang motosikal berkuasa tinggi.

Siti akan berangkat ke New Zealand esok bagi melihat keadaan suaminya dan terpaksa membatalkan dua persembahan besar iaitu Konsert Ekspresi Karya Gemilang yang dijadualkan berlangsung di Banjarmasin dan Jakarta.
Read More

Bayi Kembar 9 Bulan Pandai Berenang

1 comment

Bayi Kembar 9 Bulan Pandai Berenang

Bayi kembar, William dan Ellenita Trykush boleh berenang sejauh 25 meter hanya pada usia sembilan bulan.

Kembar berkenaan berenang sambil menendang kaki mereka di dalam air.

Pencapaian itu menjadi lebih menarik kerana kedua-duanya dilahirkan secara caesarean enam minggu lebih awal. 

Bakat luar biasa pasangan kembar itu mula dilihat ketika bercuti bersama keluarga di Cyprus Oktober lalu apabila mereka mula berenang tanpa bantuan.

Artikel Hangat Terkini :

Read More

Jadual Pembayaran Gaji Kakitangan Awam 2013

Leave a Comment
Jadual Pembayaran Gaji Kakitangan Awam 2013

Di atas ini merupakan Jadual Pembayaran Gaji Kakitangan Awam 2013 di mana dapat digunakan oleh kakitangan awam untuk merancang segala aktiviti pada tahun 2013. Semoga semua kakitangan awam dapat bekerja dengan lebih efisyen dan berdaya saing demi pembangunan negara.

Artikel Hangat Terkini :

Suami Isteri Tinggal Dalam Pembetung Lebih 30 Tahun
Safee Sali Sah Milik Johor
Kate Middleton Isteri Putera William Hamil
Gambar Otak Einstein Didedahkan Muzium AS
Read More

Undian Piala FA 2013 Malaysia

Leave a Comment
Undian Piala FA 2013 Malaysia

Selangor PKNS FC lwn Lions XII FC
Sarawak lwn Melaka
Preach Khan Reach lwn Pulau Pinang PBAPP FC
Kuala Lumpur lwn Pos Malaysia
UiTM FC lwn Negeri Sembilan
PDRM lawan Pulau Pinang
SPA Putrajaya FC lwn Terengganu
Kedah lwn NS Betaria FC
Darul Takzim FC lwn Perak
Sabah lwn Felda United FC
Selangor lwn ATM
Johor lwn Pahang
Pahang Kuantan Port lwn ATM Tentera Darat
T-Team lwn Perlis

Artikel Hangat Terkini :

Read More

Pelanggan Terkejut Ayam Berkaki Empat

2 comments

Pelanggan Terkejut Ayam Berkaki Empat

Pelanggan sebuah pasar raya di Bandar Tun Razak, Pahang terkejut apabila menemui ayam berkaki empat yang sudah siap diproses.

Ayam berkaki empat itu ditemui seorang pelanggan ketika sedang memilih ayam hendak dibelinya.

Pelanggan terbabit terkejut dengan penemuan itu lalu memaklumkan perkara tersebut kepada pengurus bahagian barangan mentah, Khalil Razak.

Artikel Hangat Terkini :

Suami Isteri Tinggal Dalam Pembetung Lebih 30 Tahun
Safee Sali Sah Milik Johor
Kate Middleton Isteri Putera William Hamil
Tiket Semi Final Malaysia vs Thailand Piala AFF Suzuki 2012 dijual Jumaat Ini
Gambar Otak Einstein Didedahkan Muzium AS
Trofi Milik Faizal Tahir Terjual RM50,000
Read More

Gempa Bumi Kuat di Timur Laut Jepun

Leave a Comment

Gempa Bumi Kuat di Timur Laut Jepun

Tsunami setinggi satu meter melanda timur laut Jepun semalam selepas gempa bumi kuat mengakibatkan ribuan penduduk terpaksa berpindah ke tempat yang selamat.

Beberapa buah bangunan tinggi di Jepun berhayun selama beberapa minit. Stesen-stesen penyiaran turut meminta penduduk yang tinggal di pesisiran pantai untuk berpindah ke tempat yang lebih tinggi.

Perkhidmatan telefon mengalami kesesakan akibat bilangan panggilan yang dibuat terlalu banyak.

Amaran tsunami ditarik balik pada pukul 7.20 malam waktu tempatan dua jam selepas gempa bumi tersebut berlaku.

Mengikut Kajian Geologi Amerika Syarikat, gempa bumi yang berlaku pada pukul 5.18 petang itu berukuran 7.3 pada skala Richter.

Ahli-ahli meteorologi menyatakan tsunami setinggi satu meter berlaku di bandar Ishinomaki pada pukul 6.02 petang waktu tempatan.

Artikel Hangat Terkini :

Suami Isteri Tinggal Dalam Pembetung Lebih 30 Tahun
Safee Sali Sah Milik Johor
Kate Middleton Isteri Putera William Hamil
Tiket Semi Final Malaysia vs Thailand Piala AFF Suzuki 2012 dijual Jumaat Ini
Gambar Otak Einstein Didedahkan Muzium AS
Trofi Milik Faizal Tahir Terjual RM50,000
Read More

Kubur Unik Dikelilingi Projek Kediaman

Leave a Comment

Kubur Unik Dikelilingi Projek Kediaman

Sebuah kubur dipercayai wujud sejak tahun 2004 yang terletak di atas bukit dikelilingi projek sebuah bangunan kediaman di utara China masih tidak dipindahkan.

Pihak pemaju meneruskan kerja-kerja pembinaan di sekeliling bukit setinggi 10 meter itu selepas keluarga si mati enggan memindahkan kubur tersebut dan enggan menerima pampasan sebanyak RM488,903 ditawarkan oleh pihak pemaju supaya memindahkan lokasi kubur itu.

Pihak keluarga menunggu tarikh yang dianggap bertuah untuk memindahkan kubur tersebut.

Kerja-kerja pembinaan kediaman dijangka siap pada April 2013.

Artikel Hangat Terkini :

Suami Isteri Tinggal Dalam Pembetung Lebih 30 Tahun
Safee Sali Sah Milik Johor
Kate Middleton Isteri Putera William Hamil
Tiket Semi Final Malaysia vs Thailand Piala AFF Suzuki 2012 dijual Jumaat Ini
Gambar Otak Einstein Didedahkan Muzium AS
Trofi Milik Faizal Tahir Terjual RM50,000

Read More

Wan Zack Haikal Terlepas Aksi Separuh Akhir Piala AFF Suzuki 2012

Leave a Comment

Wan Zack Haikal Terlepas Aksi Separuh Akhir Piala AFF Suzuki 2012

Skuad Harimau Malaya menerima tamparan apabila Wan Zack Haikal Wan Nor tidak dapat beraksi pada separuh akhir pertama dan kedua Piala Suzuki AFF 2012.

Ianya disahkan oleh jurulatih Datuk K. Rajagobal yang menyifatkan kehilangannya memberikan tamparan kepada skuad kendaliannya menjelang pertemuan menentang Thailand di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Kehadiran semula S. Kunanlan diharap dapat menampung kekosongan yang ditinggalkan oleh Wan Zack selain berharap barisan pemainnya bersedia sepenuhnya menghadapi apa juga ancaman Thailand pada perlawanan tersebut kelak.

Kecederaan Wan Zack agak teruk dan dia bakal terlepas dua aksi separuh akhir Piala Suzuki AFF 2012 selepas mengalami masalah kecederaan otot yang terkoyak.

Artikel Hangat Terkini :

Suami Isteri Tinggal Dalam Pembetung Lebih 30 Tahun
Safee Sali Sah Milik Johor
Kate Middleton Isteri Putera William Hamil
Tiket Semi Final Malaysia vs Thailand Piala AFF Suzuki 2012 dijual Jumaat Ini
Gambar Otak Einstein Didedahkan Muzium AS
Trofi Milik Faizal Tahir Terjual RM50,000

Read More

Peluang Kaki Pancing Menang Hadiah RM50,000

Leave a Comment

Peluang Kaki Pancing Menang Hadiah RM50,000

Hadiah bernilai lebih RM50,000 menanti para peserta pertandingan memancing Karnival Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) di Pantai Remis Ahad ini.

Ianya anjuran MDSB dengan kerjasama Wakjali Event Management menawarkan hadiah wang tunai untuk juara bernilai RM30,000 manakala kedua RM10,000 dan ketiga RM5,000.

Pemenang tempat keempat hingga ke-10 bakal menerima RM200 manakala ke-11 hingga ke-30 akan membawa pulang RM100 serta hadiah iringan.

Yuran penyertaan ialah RM80 satu joran dan kaunter pendaftaran dibuka di Pantai Remis bermula jam 2 petang Sabtu ini hingga hari pertandingan.

Pertandingan memancing itu bermula dari jam 11.30 pagi hingga 4 petang dan 10 hadiah cabutan bertuah serta dua cabutan bonanza TV LCD 32 inci menanti.

Artikel Hangat Terkini :



Read More

Suami Isteri Tinggal Dalam Pembetung Lebih 30 Tahun

Leave a Comment

Suami Isteri Tinggal Dalam Pembetung Lebih 30 Tahun

Seorang lelaki bernama Miguel Restrepo tinggal lebih 30 tahun lalu di dalam sebuah saluran pembetung bersama isterinya bernama Maria Garcia.

Pembetung setinggi 1.4 meter itu mengandungi sebuah dapur, televisyen, katil dan kipas.

Restrepo yang tidak mempunyai rumah memasuki dan keluar dari pembetung itu melalui sebuah lubang.

Artikel Hangat Terkini :

Safee Sali Sah Milik Johor
Kate Middleton Isteri Putera William Hamil
Tiket Semi Final Malaysia vs Thailand Piala AFF Suzuki 2012 dijual Jumaat Ini
Gambar Otak Einstein Didedahkan Muzium AS
Trofi Milik Faizal Tahir Terjual RM50,000
Maharaja Lawak Mega 2012 Minggu 3 JOZAN

Read More

Safee Sali Sah Milik Johor

Leave a Comment
Safee Sali Sah Milik Johor

Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) terus berbelanja besar bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Setiausaha PBNJ, Suhairi Hashim mengesahkan telah mendapat surat pelepasan daripada kelab Liga Super Indonesia (ISL) iaitu Arema Indonesia bagi mendapatkan khidmat penyerang sensasi Harimau Malaya, Mohd. Safee Sali secara pinjaman pada musim depan.

Surat yang ditandatangani oleh Pengarah Arema, Ruddy Widodo menyatakan bahawa Safee akan menyarung jersi Johor selama setahun bermula dari 1 Disember 2012 hingga 30 November 2013.

Read More

Kate Middleton Isteri Putera William Hamil

Leave a Comment
Kate Middleton Isteri Putera William Hamil

Duchess of Cambridge, Kate Middleton yang melangsungkan perkahwinan dengan Putera William tahun lalu kini disahkan hamil yang diumumkan oleh Istana St James.

Kerabat Diraja dan keluarga Middletons dikatakan gembira dengan berita itu.

Kate hamil kurang 12 minggu telah dimasukkan ke hospital London kerana alahan dan perlu berada di hospital beberapa hari lagi.

Bayi pertama pasangan yang akan dilahirkan itu merupakan waris ketiga takhta iaitu selepas Putera Charles dan Putera William.

Artikel Hangat Terkini :

Tiket Semi Final Malaysia vs Thailand Piala AFF Suzuki 2012 dijual Jumaat Ini
Gambar Otak Einstein Didedahkan Muzium AS
Trofi Milik Faizal Tahir Terjual RM50,000
Maharaja Lawak Mega 2012 Minggu 3 JOZAN
Kenduri Kahwin Saji Lauk Basi
12 Lagu Peringkat Akhir Anugerah Juara Lagu 27
Read More

Tiket Separuh Akhir Malaysia vs Thailand Piala AFF Suzuki 2012 dijual Jumaat Ini

2 comments
Tiket Separuh Akhir Malaysia vs Thailand Piala AFF Suzuki 2012 dijual Jumaat Ini


Tiket perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki 2012 di antara Malaysia menentang Thailand pada hari Ahad 9 Disember 2012 akan mula dijual dua hari sebelum perlawanan berlangsung.

Tiket tersebut boleh didapati di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) dan Stadium Shah Alam pada Jumaat dan Sabtu ini, dari 9 pagi hingga 7 malam.

Kaunter tiket di SNBJ akan dibuka pada hari perlawanan mulai 9 pagi sehingga perlawanan bermula.

Harga tiket perlawanan yang akan berlangsung di SNBJ bermula 8 malam itu adalah RM40 untuk dewasa dan RM10 bagi kanak-kanak. Tempat duduk adalah bebas.


Artikel Hangat Terkini :

Gambar Otak Einstein Didedahkan Muzium AS
Trofi Milik Faizal Tahir Terjual RM50,000
Maharaja Lawak Mega 2012 Minggu 3 JOZAN
Kenduri Kahwin Saji Lauk Basi
12 Lagu Peringkat Akhir Anugerah Juara Lagu 27
Pelakon Diana Danielle Mengandung
Read More

Maharaja Lawak Mega 2012 Minggu 3 JOZAN

1 comment
Maharaja Lawak Mega 2012 Minggu 3 JOZAN

Memang terbaiklah persembahan Jozan pada minggu ketiga ini dalam Maharaja Lawak Mega 2012 Minggu Ketiga Jozan. Tema minggu ini berkaitan dengan bola sepak. Jom semua layan dan ketawa dengan lawak yang kumpulan Jozan buat.


Artikel Hangat Terkini :

Gambar Otak Einstein Didedahkan Muzium AS
Trofi Milik Faizal Tahir Terjual RM50,000
Mat Yo Sah Milik Johor
Kenduri Kahwin Saji Lauk Basi
12 Lagu Peringkat Akhir Anugerah Juara Lagu 27
Pelakon Diana Danielle Mengandung
Read More

Jutawan Jadi Pekebun Sayur Akibat Kasanova Internet

Leave a Comment

Jutawan Jadi Pekebun Sayur Akibat Kasanova Internet

Seorang usahawan wanita mengalami kerugian lebih RM5 juta manakala empayar perniagaan miliknya musnah selepas termakan tipu daya seorang kasanova Internet.

Dia menyerahkan enam gambar bogelnya kepada lelaki dipercayai warga Afrika tanpa usul periksa sebelum diugut dan dipaksa menyerahkan wang berulang kali sehingga bankrap.

Keterlanjuran ibu tunggal yang berusia 40-an menyebabkan dia diperas ugut oleh lelaki berkenaan yang akan mengedarkan gambar berkenaan di Internet jika dia enggan menyerahkan wang setiap kali diminta.

Semua wang dan harta mangsa dikikis dan dia bersama anaknya terpaksa pulang ke kampung dan melakukan kerja di kebun untuk menyara hidupnya.

Mangsa mengalami rugi yang besar dan seluruh hidupnya terjejas selepas dua bulan berkenalan dengan suspek melalui Internet tanpa sekali pun bersua muka.

Artikel Hangat Terkini :

Read More