PBB Naik Taraf Palestin

1 comment

PBB Naik Taraf Palestin

Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) telah pun menaikkan taraf Palestin sebagai negara pemerhati bukan anggota walaupun keputusan itu dikecam keras oleh Israel dan Amerika Syarikat (AS).

PBB memberikan taraf itu lebih seminggu selepas gencatan senjata di wilayah Gaza yang diserang bertubi-tubi selama lapan hari oleh Israel.

Presiden Palestin Mahmoud Abbas memberitahu Perhimpunan Agung bahawa undi itu peluang terakhir untuk menyelamatkan penyelesaian dua negara membabitkan Israel.

Artikel Hangat Terkini :

Read More

Gambar Otak Einstein Didedahkan Muzium AS

Leave a Comment
Albert Einstein

Gambar otak saintis terkenal dunia iaitu mendiang Albert Einstein disiarkan oleh pihak Muzium Kebangsaan Kesihatan dan Perubatan di Silver Spring, Maryland.

Ia merupakan gambar otak Einstein yang dirakamkan selepas beliau meninggal dunia pada tahun 1955 di Princeton, New Jersey, Amerika Syarikat (AS) semasa berumur 76 tahun.

Gambar Otak Einstein Didedahkan Muzium AS

Waris saintis itu membenarkan otaknya dikeluarkan untuk tujuan kajian.

Einstein merupakan seorang pakar fizik terkenal di dunia menerusi teori relativiti Einstein.

Artikel Hangat Terkini :

Trofi Milik Faizal Tahir Terjual RM50,000
Mat Yo Sah Milik Johor
Kenduri Kahwin Saji Lauk Basi
12 Lagu Peringkat Akhir Anugerah Juara Lagu 27
Pelakon Diana Danielle Mengandung
Buffered Earning (BE) @ CPUV Keempat Tahun 2012

Read More

Trofi Milik Faizal Tahir Terjual RM50,000

2 comments

Trofi Milik Faizal Tahir Terjual RM50,000

Faizal Tahir mengambil inisiatif dalam membantu meringankan beban rakyat Gaza yang diserang rejim Zionis dengan melelong trofi miliknya.

Bukan satu atau dua, malah kesemua trofi yang pernah dimenanginya akan dilelong mengikut harga yang dibida.

Perkara yang menarik berlaku apabila satu trofi milik penyanyi versatil ini berjaya dijual dengan harga RM50,000.

Artikel Hangat Terkini :

Mat Yo Sah Milik Johor
Kenduri Kahwin Saji Lauk Basi
12 Lagu Peringkat Akhir Anugerah Juara Lagu 27
Pelakon Diana Danielle Mengandung
Buffered Earning (BE) @ CPUV Keempat Tahun 2012
Shila Amzah Menang Anugerah Lagu Terbaik AIM 2012
Read More

Malaysia vs Laos 4-1 Piala AFF Suzuki 2012

Leave a Comment
Malaysia vs Laos 4-1 Piala AFF Suzuki 2012

Skuad Bola Sepak Kebangsaan mempamerkan kehebatan luar biasa apabila  menundukkan Loas 4-1 dalam perlawanan kedua Piala AFF Suzuki di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi.

Dengan meraih kutipan tiga mata, harapan anak buah Datuk K.Rajagobal untuk menempah tiket ke separuh akhir Piala AFF Suzuki kembali terbuka.


Artikel Hangat Terkini :

Mat Yo Sah Milik Johor
Kenduri Kahwin Saji Lauk Basi
12 Lagu Peringkat Akhir Anugerah Juara Lagu 27
Pelakon Diana Danielle Mengandung
Buffered Earning (BE) @ CPUV Keempat Tahun 2012
Shila Amzah Menang Anugerah Lagu Terbaik AIM 2012
Read More

Norshahrul Idlan Talaha Sah Milik Johor

Leave a Comment

Norshahrul Idlan Talaha Sah Milik Johor

Norshahrul Idlan Talaha atau Mat Yo sah menyertai pasukan Johor atau lebih dikenali sebagai Harimau Selatan bagi musim 2013 selepas menandatangani kontrak dua tahun bersama Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ).

Sesi tandatangani kontrak diadakan secara tertutup di sebuah hotel, kira-kira jam 9 malam.

Perkara itu dimuktamadkan beberapa jam selepas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengumumkan Pemain Paling Bernilai kali ketiga berturut-turut itu bebas untuk bermain dengan mana-mana pasukan musim depan.

Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Suhairi Hashim mengesahkan mengikat kemasukan penyerang sensasi itu bersama pasukan Johor.

Artikel Hangat Terkini :

Kenduri Kahwin Saji Lauk Basi
12 Lagu Peringkat Akhir Anugerah Juara Lagu 27
Khairul Fahmi dan Leuniey Natasha Nikah 28 Disember 2012
Pelakon Diana Danielle Mengandung
Buffered Earning (BE) @ CPUV Keempat Tahun 2012
Shila Amzah Menang Anugerah Lagu Terbaik AIM 2012

Read More

Sanggup Bayar Ganti Rugi Kenduri Kahwin Saji Lauk Basi

Leave a Comment

Sanggup Bayar Ganti Rugi Kenduri Kahwin Saji Lauk Basi

Pemilik sebuah syarikat perancang perkahwinan di sini memohon maaf sambil sedia membayar ganti rugi berikutan peristiwa memalukan pada majlis kenduri sepasang pengantin di Dewan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Teluk Bahang di mana Kenduri Kahwin Saji Lauk Basi.

Kejadian itu memang mengejutkan kerana ia kejadian pertama selepas 20 tahun keluarganya menerima tempahan memasak sajian kenduri di negeri ini.

Lauk dalca, daging masak hitam serta ayam masak merah itu mula dimasak pada pukul 6 pagi di rumah keluarganya di Batu Feringghi.

Semua bahan mentah dibeli sehari sebelum kenduri bagi memastikan kesegaran manakala susu cair pula digunakan untuk menggantikan santan agar masakan seperti ayam dan daging lebih tahan lama.

Mereka minta maaf dan bersedia membayar ganti rugi bagi semua lauk yang basi.

Artikel Hangat Terkini :

Kenduri Kahwin Saji Lauk Basi
12 Lagu Peringkat Akhir Anugerah Juara Lagu 27
Khairul Fahmi dan Leuniey Natasha Nikah 28 Disember 2012
Pelakon Diana Danielle Mengandung
Maharaja Lawak Mega 2012 Minggu Pertama
Shila Amzah Menang Anugerah Lagu Terbaik AIM 2012

Read More

Buffered Earning (BE) @ CPUV Keempat Tahun 2012

1 comment
Buffered Earning (BE) @ CPUV Keempat Tahun 2012

Alhamdulillah. Murah lagi rezeki bulan ini sebab baru lepas BE atau CPUV dikreditkan, muncul pula BE atau CPUV yang baru. Ini merupakan CPUV @ Buffered Earning (BE) yang ke-4 diterima untuk tahun 2012

Walaupun jumlah BE yang diterima sikit tetapi syukur la sebab dapat juga BE. Terima kasih kepada pihak Nuffnang dan penaja yang sudi memilih blog yang tidak seberapa ini. CPUV ini sebenarnya sama jek dengan konsep Buffered Earning (BE). Tiada yang beza pun. 

Bagi kali ini pihak Maxis Hotlink sudi meletakkan iklan di blog Asraff Ruslan. Apa-apa pun terima kasih pihak Nuffnang dan penaja. Mudah-mudahan murahlah lagi rezeki aku lepas ni dengan BE @ CPUV daripada penaja lain pula.

p/s: LIKE page Berita Semasa Online utk dapatkan berita terkini dan sensasi.

Artikel Hangat Terkini :

12 Lagu Peringkat Akhir Anugerah Juara Lagu 27
Khairul Fahmi dan Leuniey Natasha Nikah 28 Disember 2012
Pelakon Diana Danielle Mengandung
Maharaja Lawak Mega 2012 Minggu Pertama
Shila Amzah Menang Anugerah Lagu Terbaik AIM 2012
Lamborghini Aventador Roadster RM 3 Juta
Read More

Kenduri Kahwin Saji Lauk Basi

3 comments

Kenduri Kahwin Saji Lauk Basi

Kemeriahan majlis persandingan pasangan pengantin di Dewan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) di Teluk Bahang bertukar kelam kabut apabila lauk-pauk yang disajikan telah basi dan berbau busuk manakala nasinya pula mentah.

Lebih 1,000 jemputan majlis perkahwinan Nazurah Romai berumur 21 dan suaminya, Nazli Che Amat berumur 22 yang merupakan kakitangan sebuah syarikat swasta terpaksa pulang dengan perut kosong.

Hidangan itu ditempah menerusi pakej sebuah syarikat perancang perkahwinan yang mengenakan bayaran RM17,000 untuk sajian, sepasang persalinan untuk majlis akad nikah, pelamin, fotografi dan cenderamata.

Pasangan itu telah menjelaskan bayaran sebanyak RM14,000 kepada syarikat berkenaan.

Nazurah yang merupakan seorang pelajar di sebuah kolej swasta berkata peristiwa memalukan itu disedari sewaktu mereka mahu menjamu beberapa orang tetamu pada majlis tahlil kira-kira pukul 10 pagi.

p/s: Jangan Lupa LIKE page Berita Semasa Online

Artikel Hangat Terkini :

12 Lagu Peringkat Akhir Anugerah Juara Lagu 27
Khairul Fahmi dan Leuniey Natasha Nikah 28 Disember 2012
Pelakon Diana Danielle Mengandung
Maharaja Lawak Mega 2012 Minggu Pertama
Shila Amzah Menang Anugerah Lagu Terbaik AIM 2012
Lamborghini Aventador Roadster RM 3 Juta

Read More

12 Lagu Peringkat Akhir Anugerah Juara Lagu 27

Leave a Comment
12 Lagu Peringkat Akhir Anugerah Juara Lagu 27

1. Idola - Azlan&The Typewriter/Audi Mok/Azlan

2. Pelangi Senja - Stacy/Taja/Tun Teja

3. Anak Kampung - One Nation Emcees&Jimmy Palikat

4. Terukir Di Bintang - Yuna/Yuna/Yuna

5. Tanpamu - Amir Jahari/Amir Jahari/Amir Jahari

6. Ombak Rindu - Hafiz & Adira/Zaidi/Zaidi

7. Lagu - Bedroom Sanctuary & Bo Amir Iqram

8. Teman Pengganti - Black&Malique/Malique/Malique

9. Simetri - Hazama&Amy Search/Audi Mok/Zal Firdhaus Haduan

10. Andaiku Bercinta Lagi - Mojo/Edry Abdul Halim/Edry Abdul Halim

11. Patah Seribu - Shila Amzah/Shila Amzah/ Shila Amzah

12. Ku Akui - Hafiz/Ajai/Ajai

Artikel Hangat Terkini :

Read More

Lee Chong Wei Tewas Final Terbuka Hong Kong

Leave a Comment
Lee Chong Wei Tewas Final Terbuka Hong Kong


Pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei kalah kepada Chen Long daripada China dalam kejohanan Terbuka Hong Kong di Kowloon, Hong Kong hari ini.

Chong Wei tewas set pertama 19-21 dan set kedua 17-21.

Turut mengalami kekalahan di final ialah pasangan beregu Malaysia, Koo Keat Kien dan Tan Boon Heong. Mereka kalah 21-16 dan 21-17 kepada pasangan China, Cai Yun dan Fu Haifeng.

Artikel Hangat Terkini :

Read More

Senarai Skuad Bola Sepak Malaysia Pertandingan Piala AFF Suzuki 2012

Leave a Comment
Senarai Skuad Bola Sepak Malaysia Pertandingan Piala AFF Suzuki 2012

Goalkeepers: Khairul Fahmi, Farizal Marlias

Defenders: Zubir Azmi, Azmi Muslim, Bunyamin Umar, Mahalli Jasuli, Fadhli Shas, Faizal Muhammad, Aidil Zafuan

Midfielders: Baddrol Bakhtiar, Wan Zack Haikal, Azamuddin Akil, S.Kunanlan, Safiq Rahim, Shskir Shaari, Gary Robbat, Amar Rohidan

Strikers: Safee Sali, Norshahrul Idlan Talaha, Khyril Muhymeen Zambri, Ahmad Fakri Saarani, Ahmad Hazwan

Artikel Hangat Terkini :

Khairul Fahmi dan Leuniey Natasha Nikah 28 Disember 2012
Pelakon Diana Danielle Mengandung
Maharaja Lawak Mega 2012 Minggu Pertama
Shila Amzah Menang Anugerah Lagu Terbaik AIM 2012
Lamborghini Aventador Roadster RM 3 Juta
Pramugari Egypt Air Mula Pakai Hijab

Read More

Ahli Motor Besar Maut

Leave a Comment

Ahli Motor Besar Maut

Seorang maut manakala enam lagi parah dalam kemalangan membabitkan konvoi 12 motosikal berkuasa tinggi dengan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) di Kilometer 13.6 Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE) sebelum susur Subang Jaya.

Kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu, mangsa yang terbunuh dikenali sebagai Ishak Jaafar, 53, ahli Kelab Kota Tinggi Bikers manakala isteri mangsa yang cedera parah, kini dirawat di Hospital Sungai Buloh.

Antara mangsa yang cedera parah ialah Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi, Johor, Asisten Superintendan Kamardin Yusof yang sedang bercuti.

Konvoi kelab motosikal berkuasa tinggi itu dalam perjalanan ke Phuket, Thailand.

Kemalangan berlaku apabila kenderaan SUV jenis Honda CRV yang berada di laluan tengah lebuh raya berkenaan, menukar laluan secara tiba-tiba.

Artikel Hangat Terkini :

Khairul Fahmi dan Leuniey Natasha Nikah 28 Disember 2012
Pelakon Diana Danielle Mengandung
Maharaja Lawak Mega 2012 Minggu Pertama
Shila Amzah Menang Anugerah Lagu Terbaik AIM 2012
Lamborghini Aventador Roadster RM 3 Juta
Pramugari Egypt Air Mula Pakai Hijab


Read More

Khairul Fahmi dan Leuniey Natasha Nikah 28 Disember 2012

2 comments

Khairul Fahmi dan Leuniey Natasha Nikah 28 Disember 2012

Khairul Fahmi Che Mat berusia 23 tahun mengumumkan akan bernikah dengan gadis pilihan hatinya Nur Eilunie Natasha Nazri atau lebih dikenali sebagai Leuniey Natasha di kediaman Leuniey di Pasir Pekan, Tumpat, Kelantan pada 28 Disember 2012.

Khairul Fahmi, yang dekenali dengan panggil 'Apek' memaklumkan beliau dan pasangannya memilih konsep 'English Garden Style' untuk majlis resepsi perkahwinannya di Hotel Royale Bintang, Damansara, di sini, pada 13 Jan 2013.
   
Majlis persandingan sebelah perempuan bakal diadakan di Hotel Renaissance, Kota Baharu pada 30 Dis berkonsepkan 'Melayu Kontemporari' manakala persandingan sebelah lelaki pula diadakan di kediaman rasmi Khairul Fahmi di Kampung Chenang, Kota Bharu pada 5 Jan 2013.

Artikel Hangat Terkini :


Pelakon Diana Danielle Mengandung
Maharaja Lawak Mega 2012 Minggu Pertama
Shila Amzah Menang Anugerah Lagu Terbaik AIM 2012
Lamborghini Aventador Roadster RM 3 Juta
Simone Del Nero Milik Johor
Pramugari Egypt Air Mula Pakai Hijab

Read More

Lamborghini Aventador Roadster RM 3 Juta

Leave a Comment

Lamborghini Aventador Roadster


Pengedar rasmi kenderaan jenama Lamborghini di Malaysia iaitu JH Italia Sdn Bhd baru memperkenalkan model Lamborghini Aventador Roadster yang terbaru di pasaran negara pada harga sekitar RM3 juta seunit.

JH Italia menyasarkan jualan sekitar lapan unit model berkenaan pada tahun 2013.

Waranti yang ditawarkan bagi Lamborghini Aventador Roadster adalah selama tiga tahun dengan jadual penyelenggaraan berkala setiap 12,000 kilometer.

Artikel Hangat Terkini :

Pelakon Diana Danielle Mengandung
Maharaja Lawak Mega 2012 Minggu Pertama
Shila Amzah Menang Anugerah Lagu Terbaik AIM 2012
Chong Wei & Nicol David Raih Gelaran Olahragawan & Olahragawati Pulau Pinang
Simone Del Nero Milik Johor
Pramugari Egypt Air Mula Pakai Hijab


Read More

Maharaja Lawak Mega 2012 Minggu Pertama

Leave a Comment
Maharaja Lawak Mega 2012 Minggu Pertama


Maharaja Lawak Mega 2012 mulai 16 November 2012 setiap Jumaat jam 10 Malam tayangan serentak di Astro Warna (132), Astro Mustika HD (134) dan Astro On-The-Go!



Artikel Hangat Terkini :

Pelakon Diana Danielle Mengandung
Shila Amzah Menang Anugerah Lagu Terbaik AIM 2012
Chong Wei & Nicol David Raih Gelaran Olahragawan & Olahragawati Pulau Pinang
Simone Del Nero Milik Johor
Pramugari Egypt Air Mula Pakai Hijab
Gerhana Matahari di Utara Australia

Read More

Pelakon Diana Danielle Mengandung

Leave a Comment

Pelakon Diana Danielle Mengandung

Pelakon dan pengarah filem, Farid Kamil telah mendapat berita gembira apabila isterinya  Diana Danielle yang merupakan pelakon popular telah disahkan hamil.

Berita tersebut dikongsi oleh pasangan selebriti itu menerusi gambar alat ujian kehamilan Diana yang dimuat naik dalam laman sosial Twitter dan Instagram mereka.

Pasangan selebriti itu telah selamat bernikah pada 3 November dalam upacara yang berlangsung di Hotel Flamingo by The Lake, Ampang.

Majlis resepsi pasangan akan diadakan pada 30 November ini di Kuala Lumpur dan majlis di pihak keluarga Farid di Jitra, Kedah pada 12 Disember.

Artikel Hangat Terkini :

Shila Amzah Menang Anugerah Lagu Terbaik AIM 2012
Chong Wei & Nicol David Raih Gelaran Olahragawan & Olahragawati Pulau Pinang
Simone Del Nero Milik Johor
Pramugari Egypt Air Mula Pakai Hijab
Gerhana Matahari di Utara Australia
Tiket Piala AFF Suzuki Mula Dijual 23 November 2012


Read More

Lee Chong Wei dan Nicol Ann David Raih Gelaran Olahragawan dan Olahragawati Pulau Pinang

Leave a Comment
Lee Chong Wei dan Nicol Ann David Raih Gelaran Olahragawan dan Olahragawati Pulau Pinang


Jaguh badminton Datuk Lee Chong Wei dan ratu skuasy negara Datuk Nicol Ann David dinobat sebagai Olahragawan dan Olahragawati Pulau Pinang 2011. Anugerah ini dirangkul mereka selama empat musim berturut-turut.

Mereka tidak dapat hadir untuk menerima anugerah berkenaan daripada Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas pada Majlis Anugerah Sukan 2011 di Hotel Traders.

Chong Wei diwakili Presiden Persatuan Badminton Pulau Pinang Dr Koay Ban Hing manakala Nicol diwakili bapanya, Desmond David, 65, menerima anugerah itu.

Chong Wei dan Nicol menerima piala pusingan, piala iringan, sijil penghargaan dan wang tunai RM3,000.

Artikel Hangat Terkini :

Read More

Senarai Pemenang Anugerah Industri Muzik 2012

2 comments
Senarai Pemenang Anugerah Industri Muzik 2012

Berikut ialah senarai pemenang Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-19 mengikut kategori. Majlis penyampaian berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam.

Artis Baru Terbaik: Mojo (Andai Kau Bercinta Lagi)

Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu (Lelaki): Jamal Abdillah (Bahagia Sementara)

Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu (Wanita): Jaclyn Victor (Counting Days)

Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Dalam Lagu: Forteen (Seperti Dulu)

Kulit Album Terbaik: Mizz Nina/ Even Odds Sdn Bhd (Take Over)

Rakaman Album Terbaik: Nora/Rahman Ayob (Hikmah)

Video Muzik Terbaik: Yuna/Quek Shio Chuan (Sparkle)

Lagu Nasyid Terbaik: Doa (Nora)

Lagu Pop Etnik Terbaik: Kuasa Cinta (Noraniza Idris)

Lagu Rock Terbaik: Idola (Azlan & The Typewriter)

Lagu Pop Terbaik:  Patah Seribu (Shila Amzah)

Lagu Hip Hop Terbaik: Aku Maafkan Kamu (Jamal Abdillah & Malique/ Malique/ Tripdizs)

Lagu Inggeris Tempatan Terbaik: Counting Days (Jaclyn Victor/ Aubrey Suwito/ Lin Li Zhen)

Lagu Bahasa Melayu Terbaik Dipersembahkan oleh Artis Luar Negara: Sudah Cukup Sudah (Nirwana Band)

Susunan Muzik Terbaik Dalam Lagu: Counting Days (Jaclyn Victor/ Aubrey Suwito)

Album Terbaik: SalamMusik (Salam - Salam Musik)

Anugerah Kembara: Mizz Nina

Anugerah Sri Wirama: Alleycats

Anugerah Lagu Terbaik: Patah Seribu (Shila Amzah)

Artikel Hangat Terkini :

Read More

Simone Del Nero Milik Johor

Leave a Comment

Simone Del Nero Milik Johor

Skuad Johor menambah seorang lagi pemain berbisa kelahiran Carrara, Itali, Simone Del Nero, 31, dan melengkapkan kuota dua pemain import untuk saingan Liga Malaysia (Liga M) tahun depan.

Del Nero yang merupakan bekas pemain kelab Serie A Itali, Lazio, mengikat kontrak selama setahun dan lanjutan setahun lagi bersama pasukan Harimau Selatan semalam.

Sebelum ini Johor berjaya mengikat bekas pemain antarabangsa Sepanyol, Daniel Gonzales Guiza dan kini Del Nero akan memperkemaskan bahagian tengah skuad Johor.

Artikel Hangat Terkini :

8000 Jawatan Sektor Runcit
Pramugari Egypt Air Mula Pakai Hijab
Ahmad Fakri Saarani Sah Wakili Atletico Sport Clube Reguengos Portugal
Tanah Runtuh di KM 12.2 Genting Highlands
Gerhana Matahari di Utara Australia
Tiket Piala AFF Suzuki Mula Dijual 23 November 2012


Read More

54, 697 Calon Duduki STPM

Leave a Comment
54, 697 Calon Duduki STPM


Seramai 54,697 calon akan menduduki peperikasaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2012 di 760 pusat peperiksaan di seluruh negara dari 19 November hingga 13 Disember depan.

Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) berkata daripada jumlah itu, seramai 49,163 orang adalah calon sekolah kerajaan, 1,186 calon sekolah swasta, 4,224 calon persendirian individu dan 124 calon sekolah kerajaan negeri.

Mereka merupakan calon kohort terakhir yang akan menduduki peperiksaan STPM sedia ada.

Artikel Hangat Terkini :

8000 Jawatan Sektor Runcit
Pramugari Egypt Air Mula Pakai Hijab
Ahmad Fakri Saarani Sah Wakili Atletico Sport Clube Reguengos Portugal
Tanah Runtuh di KM 12.2 Genting Highlands
Gerhana Matahari di Utara Australia
Tiket Piala AFF Suzuki Mula Dijual 23 November 2012
Read More

8000 Jawatan Sektor Runcit

Leave a Comment

8000 Jawatan Sektor Runcit


Persatuan Rangkaian Runcit Malaysia (MRCA) mewakili lebih 200 syarikat peruncitan terkemuka tempatan dan luar negara menawarkan lebih 8,000 peluang pekerjaan khususnya untuk golongan muda serta graduan. 

Pekerjaan tersebut yang menawarkan gaji dan elaun menarik daripada jawatan jurujual sehingga ke peringkat pengurusan itu bagi mengisi kekosongan jawatan di lebih 10,000 rangkaian runcit ahlinya di seluruh negara. 

MRCA dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bersedia memberi latihan industri bagi mewujudkan kumpulan profesional dalam dua bidang berkenaan yang pada masa ini amat diperlukan di pasaran.

Artikel Hangat Terkini :

Read More

Fama Terengganu Anjur Karnival Halal 1Malaysia Best

Leave a Comment
Fama Terengganu Anjur Karnival Halal 1Malaysia Best


Fama Terengganu akan menganjurkan Karnival Halal 1Malaysia Best bermula 20 Disember 2012 selama 4 hari yang terbuka kepada semua terutama usahawan kecil Pantai Timur.
  
Karnival bertujuan mempromosikan produk makanan dari negeri Pantai Timur yang mendapat pengiktirafan 1Malaysia Best.
  
Sebanyak 100 gerai akan disediakan Fama Terengganu pada karnival itu.

Usahawan yang berminat untuk menyertai karnival itu boleh menghubungi Fama Terengganu di talian  09-6224144 atau 09-6224191.

Artikel Hangat Terkini :

Pramugari Egypt Air Mula Pakai Hijab
Ahmad Fakri Saarani Sah Wakili Atletico Sport Clube Reguengos Portugal
Tanah Runtuh di KM 12.2 Genting Highlands
Gerhana Matahari di Utara Australia
Rebat Tol Sempena Deepavali dan Awal Muharam
Tiket Piala AFF Suzuki Mula Dijual 23 November 2012
Read More

Allahyarham Tan Sri Abdul Hamid Othman Tokoh Maal Hijrah

Leave a Comment

Allahyarham Tan Sri Abdul Hamid Othman Tokoh Maal Hijrah


Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Allahyarham Tan Sri Dr Abdul Hamid Othman hari ini diumum penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah peringkat kebangsaan pada sambutan yang berlangsung di sini.
   
Hadiah wang tunai RM100,000, pingat, plak dan sijil penghargaan disampaikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kepada balu Allahyarham, Puan Seri Jamilah Mohd Said.
Read More

Gerhana Matahari di Utara Australia

3 comments

Gerhana Matahari di Utara Australia


Kira-kira 60,000 saintis, ahli astronomi dan peminat gerhana berkumpul melihat gerhana matahari pada awal pagi, waktu tempatan.

Gerhana kali terakhir berlaku di wilayah ini lebih kurang 1,300 tahun yang lalu.

Gerhana itu berlaku kira-kira dua minit bermula pada pukul 5.45 pagi waktu tempatan dengan gerhana penuh berlaku pada pukul 6.38 pagi atau pukul 4.38 pagi waktu Malaysia.

Semua melihat bulan dalam bentuk cakera hitam melintas di hadapan matahari yang mengakibatkan cuaca redup dan suhu jatuh.

Artikel Hangat Terkini :




Read More

Pramugari Egypt Air Mula Pakai Hijab

3 comments
Pramugari Egypt Air Mula Pakai Hijab


Semua krew wanita pesawat Egypt Air boleh memakai hijab buat kali pertama sejak syarikat penerbangan nasional itu diasaskan pada 1932.

Etika pemakaian itu mesti dipatuhi selepas menerima saranan daripada ulama.

Pemakaian itu hukumnya wajib untuk semua krew wanita beragama Islam.

Artikel Hangat Terkini :


Read More

Tiket Piala AFF Suzuki Mula Dijual 23 November 2012

Leave a Comment
Tiket Piala AFF Suzuki Mula Dijual 23 November 2012


Tiket perlawanan bola sepak Piala AFF-Suzuki akan mula dijual pada 23 November ini iaitu dua hari sebelum kejohanan berlangsung.

Harga tiket bagi setiap perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil dan Stadium Shah Alam adalah RM30 untuk dewasa dan RM10 bagi kanak-kanak.

Sekiranya Malaysia layak ke separuh akhir, harga tiket adalah RM40 untuk dewasa dan RM10 bagi kanak-kanak.

Bagi perlawanan akhir, harga tiket ialah RM50 untuk dewasa dan RM10 bagi kanak-kanak.

Artikel Hangat Terkini :

Ahmad Fakri Saarani Sah Wakili Atletico Sport Clube Reguengos Portugal
Firefly Tawar Tambang Satu Hala Bermula Serendah RM 95
Kapal Mewah Milik Steve Jobs
Kate Middleton Wanita Paling Cantik Semula Jadi United Kingdom (UK)
Persembahan Wonder Girls Sangat HOT Berbaju Kurung
Rebat Tol Sempena Deepavali dan Awal Muharam
Read More

Tanah Runtuh di KM 12.2 Genting Highlands

Leave a Comment
Tanah Runtuh di KM 12.2 Genting Highlands

Satu kejadian tanah runtuh berlaku di Kilometer 12.2 menuju Genting Highlands iaitu 1.5 kilometer sebelum jalan keluar ke Gohtong Jaya.
  
Kejadian berlaku pada kira-kira 8.30 malam ketika hujan lebat.
     
Dua lorong naik di kawasan tanah runtuh ditutup iaitu di bahagian jalan menghala ke Gohtong Jaya.
  
Kerja pembersihan jalan dan pembukaan jalan alternatif kini sedang giat dijalankan.
Read More