Polis China Belajar Senyum Dengan Gigit Penyepit Makanan

Leave a Comment

Polis China Belajar Senyum Dengan Gigit Penyepit Makanan


Polis China antara pasukan keselamatan paling terlatih dalam dunia.

Anggota polis terbabit mungkin sukar untuk tersenyum disebabkan oleh kesusahan dan kesusahan dalam latihan.

Pasukan polis di Dalian di wilayah Liaoning diajar bagaimana untuk mempamerkan senyuman kepada orang ramai.

Peserta diberi sebatang penyepit makanan dan mereka dikehendaki menggigitnya sambil tersenyum untuk mendedahkan mereka kepada senyuman seragam.

Artikel Hangat Terkini :

Kapal Mewah Milik Steve Jobs
Kate Middleton Wanita Paling Cantik Semula Jadi United Kingdom (UK)
Persembahan Wonder Girls Sangat HOT Berbaju Kurung
Yuna Kena Rompak di Amerika Syarikat
Mat Yo Pemain Paling Bernilai
Khairul Fahmi Che Mat dan Leuniey Nikah Disember 2012


Read More

Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100Plus, Astro Arena & FAM 2012

Leave a Comment
Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100Plus, Astro Arena & FAM 2012


Anugerah Bola Sepak Kebangsaan diwujudkan sebagai satu pengiktirafan ke atas pemain, jurulatih, kelab dan pihak pengurusan selepas berakhirnya saingan Piala Malaysia baru-baru ini.

Pemenang anugerah :

Penjaga Gol Terbaik - Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan)

Pertahanan Terbaik - Mohd Aidil Zafuan Abdul Razak (ATM)

Pemain Tengah Terbaik - Safiq Rahim (Selangor)

Penyerang Terbaik - Norshahrul Idlan Talaha (Kelantan)

Pemain Harapan Terbaik - Mohd Rozaimi Abdul Rahman (Sabah)

Jurulatih Terbaik -  B Sathiananthan (ATM)

Pemain Paling Bernilai - Norshahrul Idlan Talaha (Kelantan)

Pemain Import Terbaik - Marlon Alex James (ATM)

Pengadil Terbaik - Nafeez Abd. Wahab

Anugerah Khas Program Pembagunan Bola Sepak Kebangsaan - Kementerian Pelajaran Malaysia (Bahagian Pembagunan Sukan)

Anugerah Khas Bola Sepak Kebangsaan - Allahyarham Tan Sri Abdul Ghani Mihat

Artikel Hangat Terkini :


Kapal Mewah Milik Steve Jobs
Kate Middleton Wanita Paling Cantik Semula Jadi United Kingdom (UK)
Persembahan Wonder Girls Sangat HOT Berbaju Kurung
Yuna Kena Rompak di Amerika Syarikat
Galaxy Note II Dijual di Malaysia
Khairul Fahmi Che Mat dan Leuniey Nikah Disember 2012

Read More

Kapal Mewah Milik Steve Jobs

Leave a Comment

Kapal Mewah Milik Steve Jobs


Pengasas bersama firma komputer Apple di Amerika Syarikat iaitu Steve Jobs memiliki sebuah kapal sepanjang 80 meter.

Malangnya, Jobs tidak berpeluang menggunakan kapal itu kerana ia baru disiapkan pada bulan ini setelah setahun selepas kematiannya.

Sebuah syarikat pembinaan kapal di Belanda yang telah membinanya dan diberi nama Venus.

Read More

Yuna Hilang Peralatan Muzik dan Barang Peribadi di Seattle, Amerika Syarikat

Leave a Comment
Yuna Hilang Peralatan Muzik dan Barang Peribadi di Seattle, Amerika Syarikat

Peralatan muzik yang digunakan penyanyi iaitu Yuna, beberapa barang peribadi dan hadiah berupa kemeja-T untuk keluarganya yang disimpan di van dinaiki dipercayai dicuri di Seattle, Amerika Syarikat (AS).

Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Zarai memberitahu bahawa kesemua peralatan muzik yang digunakan untuk siri jelajah telah lesap dari van dinaiki.

Kejadian itu berlaku selepas dia dan Allen Stone menamatkan siri jelajah di lokasi terakhir iaitu Seattle.


Artikel Hangat Terkini :

Kate Middleton Wanita Paling Cantik Semula Jadi United Kingdom (UK)
Galaxy Note II Dijual di Malaysia
Persembahan Wonder Girls Sangat HOT Berbaju Kurung
Khairul Fahmi Che Mat dan Leuniey Nikah Disember 2012
Lokasi Panas Tempat Kamera AES
Apple Lancar iPad Mini

 
Read More

Sebastian Vettel Muncul Juara F1 GP India

Leave a Comment
 Sebastian Vettel Muncul Juara F1 GP India

Pelumba Red Bull iaitu Sebastian Vettel muncul juara Grand Prix (GP) India sekali gus juara empat kali berturut-turut telah direkodkan dan memintas kejayaan Fernando Alonso dari pasukan Ferrari.

Alonso di tempat kedua dengan ketinggalan 13 mata di belakang Vettel. Dia mengutip 227 mata.

Tempat ketiga dimenangi oleh pelumba Lotus, Kimi Raikkonen dengan jurang perbezaan 54 mata di belakang Alonso (173 mata).

Pasukan Red Bull iaitu pelumbanya, Mark Webber sekadar berjaya menduduki tempat keempat (167 mata).

Wakil pasukan McLaren, Lewis Hamilton dan Jenson Button menduduki tempat kelima dan keenam dengan perbezaan 24 mata.

Artikel Hangat Terkini :


Read More

Kate Middleton Wanita Paling Cantik Semula Jadi United Kingdom (UK)

Leave a Comment
 Kate Middleton Wanita Paling Cantik Semula Jadi United Kingdom (UK

Isteri kepada Putera William, Kate Middleton mengetepikan aktres Keira Knightly dan Emma Watson untuk mengungguli senarai Wanita Paling Cantik Semula Jadi di United Kingdom (UK).

Tinjauan 1,000 orang lelaki dan perempuan Britain, Middleton layak mendapat gelaran tersebut kerana dia memiliki sifat dan gaya Inggeris klasik yang menawan.

Holly Willoughby berada pada kedudukan kedua manakala Knightly di tempat ketiga.

Middleton memperoleh undian sebanyak 16 peratus manakala Willoughby mencatatkan undian sebanyak 10 peratus di belakang puteri itu.

Penyanyi pop sensasi Britain, Cheryl Cole turut tidak ketinggalan tersenarai apabila menempa kedudukan kesembilan dalam senarai.

Mengikuti jejak langkah kakaknya, Pippa turut tersenarai pada kedudukan ke-10.

Aktres Emma Watson dan Kate Winslet pula, masing-masing berada pada kedudukan keenam dan kelapan.

Artikel Hangat Terkini :

Read More

Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M) Ringankan Beban Pelajar

Leave a Comment

Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M) Ringankan Beban Pelajar

Pelancaran Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M) telah memberikan golongan siswa manfaat yang besar untuk mereka.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah melancarkan KADS1M yang merupakan hasil cetusan idea yang dikemukakan oleh para siswa sendiri pada mesyuarat Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) pada 21 November tahun lalu.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mewujudkan KADS1M yang membantu hampir 1.5 juta pelajar IPT awam dan swasta di negara ini mengurangkan kos sara hidup dan bebanan sepanjang tempoh pembelajaran mereka.

KADS1M menawarkan diskaun yang menarik antara lima hingga 60 peratus yang diberikan oleh lebih 2,600 kedai milik 264 syarikat bagi pembelian barangan dan perkhidmatan terpilih yang tertakluk kepada kadar, terma serta syarat ditetapkan oleh syarikat masing-masing.

Artikel Hangat Terkini :

Khairul Fahmi Che Mat dan Leuniey Nikah Disember 2012
Persembahan Wonder Girls Sangat HOT Berbaju Kurung
Felix Baumgartner Berjaya Terjun Daripada Ketinggian 128097 Kaki
Lokasi Panas Tempat Kamera AES
Galaxy Note II Dijual di Malaysia
Apple Lancar iPad Mini

Read More

Temuduga Terbuka Di Jobsmalaysia Centre Kuala Lumpur

Leave a Comment

Temuduga Terbuka Di Jobsmalaysia Centre Kuala Lumpur

Tarikh : 29 & 30 Oktober 2012 
Masa : 10.00 pg – 5.00 ptg 
Tempat : Jobs Malaysia Centre UTC Kuala Lumpur,Tkt 2, Bangunan Pudu Sentral Kuala Lumpur 

Majikan : GROLIER (MALAYSIA ) SDN BHD
Jawatan : 
1)Penolong Pengurus Pemasaran 
Kelayakan : Diploma/Ijazah Pemasaran & 1thn pengalaman
Kekosongan : 50
Gaji : RM1500.00 & komisen /berdasarkan kelulusan /pengalaman
Kemahiran & bahasa : Bahasa Melayu & Inggeris 
2)Eksekutif Pemasaran 
Kelayakan : SPM/Sijil & 1thn pengalaman 
Kekosongan : 50 
Gaji : RM1100.00 & komisen /berdasarkan kelulusan/pengalaman 
Kemahiran &bahasa : Bahasa Melayu & Inggeris

Artikel Hangat Terkini :

Khairul Fahmi Che Mat dan Leuniey Nikah Disember 2012
Persembahan Wonder Girls Sangat HOT Berbaju Kurung
Felix Baumgartner Berjaya Terjun Daripada Ketinggian 128097 Kaki
Lokasi Panas Tempat Kamera AES
Galaxy Note II Dijual di Malaysia
Apple Lancar iPad Mini

Read More

Khairul Fahmi Che Mat dan Leuniey Nikah Disember 2012

Leave a Comment

Khairul Fahmi Che Mat dan Lueniey Nikah Disember 2012

Penjaga gol nombor satu negara iaitu Khairul Fahmi Che Mat atau lebih dikenali sebagai Apex diberitakan akan menamatkan zaman bujangnya dengan gadis pilihan, Nur Eilunie Natasha Nazri atau Leuniey pada Disember ini.

Perkara ini disahkan oleh bapanya iaitu Che Mat Hussain dan buat masa ini pihak keluarganya sedang sibuk melakukan persiapan perkahwinan anaknya

Perkahwinan itu dijangka berlangsung sekitar 28 Disember hingga Januari ini.

Menurutnya, keluarganya kini sedang berbincang dengan keluarga Lueniey untuk memastikan majlis perkahwinan tersebut berjalan lancar.

Artikel Hangat Terkini :

Persembahan Wonder Girls Sangat HOT Berbaju Kurung
Felix Baumgartner Berjaya Terjun Daripada Ketinggian 128097 Kaki
Lokasi Panas Tempat Kamera AES
Galaxy Note II Dijual di Malaysia
Apple Lancar iPad Mini

Read More

Apple Lancar iPad Mini

Leave a Comment

Apple Lancar iPad Mini

Apple memperkenalkan tablet iPad Mini yang di nanti-nantikan peminatnya.

Pengenalan iPad Mini tersebut telah mengakhiri penantian hampir setahun para peminatnya.

Produk terbaru ini seberat 300 gram, ketebalannya 7.2mm dan skrin iPad Mini 7.9 inci (20.1 sentimeter). Ia berada di pasaran kira-kira enam bulan selepas iPad generasi ketiga diperkenalkan.

Read More

Galaxy Note II Dijual di Malaysia

1 comment
 Galaxy Note II Dijual di Malaysia

Keadaan di Centre Court, Mid Valley Megamall pada hari Jumaat cukup meriah dengan kumpulan orang ramai berkumpul untuk menjadi antara yang pertama memiliki model terbaru Samsung, GALAXY Note II.

Studio untuk Samsung GALAXY Note II telah menyaksikan oang ramai berbaris dari seawal pukul 7 pagi untuk mendapatkan sendiri telefon pintar yang direka untuk meningkatkan kreativiti seharian.

Samsung Malaysia Electronics memberikan kepada 50 pengguna pertama pengecas desktop Galaxy Note II dan 50 lagi dengan "flip covers" asli.

Telefon pintar berkenaan boleh dibeli menerusi rakan pengendali Samsung, Celcom, Digi dan Maxis, atau mana-mana kedai jenama mudah alih Samsung di seluruh negara.


Artikel Hangat Terkini :


Persembahan Wonder Girls Sangat HOT Berbaju Kurung
Felix Baumgartner Berjaya Terjun Daripada Ketinggian 128097 Kaki
Lokasi Panas Tempat Kamera AES
Khairul Fahmi Che Mat Bercinta Dengan Luniey
Nur Irisyafida Balkis Bayi 8 Bulan Mangsa Dera Meninggal Dunia
Azraai Khor Abdullah Sah Jurulatih Perak Musim 2013
Read More

Nur Irisyafida Balkis Bayi 8 Bulan Mangsa Dera Meninggal Dunia

Leave a Comment

Nur Irisyafida Balkis Mangsa Dera Meninggal Dunia

Seorang bayi berusia lapan bulan telah meninggal dunia setelah tidak sedarkan diri selama enam hari dipercayai akibat didera teman lelaki ibunya.

Nur Irisyafida Balkis telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) Khamis lalu kerana mengalami tiga keretakan di tempurung kepala, patah tangan kanan dan kaki kiri. Sehingga setakat ini masih belum diketahui bagaimana bayi itu didera.

Dia meninggal dunia jam 2.30 petang semalam di hospital tersebut.

Ibu mangsa bernama Aida yang berumur 29 tahun berkata sewaktu Balkis dimasukkan ke hospital, dia terpaksa bergantung kepada alat bantuan pernafasan.

Doktor memberitahu bahawa peluang untuk anaknya terus hidup sangat tipis dan  setelah enam hari tidak sedarkan diri, Balkis meninggal dalam dakapan Aida.

Artikel Hangat Terkini :

Persembahan Wonder Girls Sangat HOT Berbaju Kurung
Felix Baumgartner Berjaya Terjun Daripada Ketinggian 128097 Kaki
Lokasi Tempat Kamera AES
Khairul Fahmi Che Mat Bercinta Dengan Luniey
Malaysia vs Hong Kong 3-0 Aksi Persahabatan
Azraai Khor Abdullah Sah Jurulatih Perak Musim 2013

Read More

Pelaksanaan Kamera AES di 831 Lokasi Diteruskan

Leave a Comment

Pelaksanaan Kamera AES di 831 Lokasi Diteruskan

Kerajaan tidak berhasrat memansuhkan pemasangan kamera Sistem Pelaksanaan Automatik (AES) di 831 lokasi seluruh negara.

Kerajaan melihat AES sebagai tindakan holistik bagi mengurangkan kadar kemalangan maut, sekali gus merealisasikan hasrat murni kerajaan untuk membela majoriti rakyat.

Sistem itu yang beroperasi pada fasa percubaan sejak 23 Sept lepas telah merekodkan sebanyak 63,558 imej kesalahan lalu lintas dirakam di seluruh negara. 

Pelaksanaan AES melalui kajian terperinci dengan kerjasama agensi berkaitan termasuk Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros). 

Di antara kawasan-kawasan yang terlibat ialah:

Pelaksanaan Kamera AES di 831 Lokasi Diteruskan

PLUS Arah Utara

■ Under a bridge at about 456km, Sg Buloh junction.
■ Under a bridge at about 459km, Bukit Lanjan interchange.
■ Under the overhead restaurant at Sg Buloh.
■ Under the last bridge before Sg Besi toll at 309.2km.
■ Under the bridge at 296.5km, Bangi junction.
■ Under the newly constructed bridge at 289.0km, after Nilai North junction.
■ Under the bridge at 286.5km, Nilai North junction.

PLUS Arah Selatan

■ Below signboard at about 454.6km and 455.2km, Sg Buloh layby.
■ Under the bridge after Subang junction at 11.3km.
■ Under the bridge at 22km, Bukit Lanjan junction.
■ Under the bridge before Mint hotel, Sg Besi Toll. 80km/h only!
■ Under the bridge at 302.8km, Kajang junction.
■ About 1km south of Bangi junction, both south and north bound outer lanes
■ At 296.5km and 297km, Bangi junction.
■ Under the newly constructed bridge at 289.0km, before Nilai North junction.
■ At 285.5km and 285.8km, Nilai North junction.
■ On center divider at 251.8km and 253km after Senawang junction.
■ After Alor Gajah junction at 213.9km, next to water theme park.
■ Behind the right hand crash barrier at 198.4km.

Lebuhraya Elite Hubungan Timur Tengah/Utara

■ On left hand side at 4.8km after Batu Tiga/Shah Alam exit
■ Under the overhead restaurant at USJ/Hicom junction about 8.5km. 90km/h zone!
■ Below the bridge before USJ/Hicom junction at 10.5km.

Lebuhraya Elite Hubungan Barat Tengah/Selatan

■ Under the overhead restaurant at USJ/Hicom junction about 8.5km. 90km/h zone!
■ Below the bridge before USJ/Hicom junction at 10.5km.
■ After exit from KLIA toll to the airport, below Jalan Pekeliling flyover.90km/h

NKVE Arah Timur/Utara

■ 300m before Jalan Duta toll, 60km/h!
■ Behind crash barrier on the left when going towards Jalan Duta toll, at 24.9km, 80km/h!
■ Below bridge at Damansara Junction, 17.5km

NKVE Arah Barat/Selatan

■ Behind crash barrier on the left when leaving Jalan Duta toll from KL, at 25.3km and 25.7km, 80km/h!
■ From Jln Duta, below the bridge, 23km, 80km/h zone!
■ From Jln Duta, at the underpass at Sg Buloh Y-junction, 22km.
■ Behind crash barrier at Damansara Junction, 17.7km and 16.8km
■ Below railway bridge at 11.2km
■ Under the bridge at Shah Alam junction.

Lebuhraya Kesas Timur

■ Under the bridge at 44.8km, downhill run after Puchong junction.
■ Kesas West Bound
■ At Sg Besi side of East Bound Toll. Kuala Lumpur City
■ Jalan Duta; below the flyover at the Damansara junction, 70km/h zone.

Lebuhraya Kesas – Klang

■ Dual carriageway between Klang and Port Klang. Towards Klang direction, at about 13km mile stone. 70km/h only!

Leburaya Pantai Timur

■ East bound, downhill run after Raub junction.
■ Maran, 60km/h zone.
■ Paya Bungor, 70km/h zone.

Kawasan Negeri Johor Arah Selatan

■ Tangkak junction.
■ Under the bridge after Yong Peng
■ North junction at 97.3km.
■ Ayer Hitam junction.
■ Sedenak junction.

Jalanraya Sekitar Utara Malaysia – Arah Utara

■ Around Ayer Hitam in 60km/h zone.
■ Before Perwaja Steel.
■ Sg Petani junction.
■ Between Seberang Jaya junction and Sg Dua Toll.
■ Penang Bridge at island end.Speed limit 80km/h.

Jalanraya Sekitar Utara Malaysia – Arah Selatan

■ Penang Bridge Island end. Speed limit 80km/h.
■ About 2km before Juru Toll Speed limit 90km/h

Kawasan Perak Jalanraya Arah Utara

■ Under the bridge at 197.1km and 198.8km, after Kamunting Junction.
■ Under the bridge at 204.3km, after Kamunting Junction.
■ Under the bridge at 208km, before Kamunting Junction.
■ Under the bridge at 214.8km, before Kamuntingjunction.
■ Ipoh Vista Point at about 263km. Speed limit 80km/h.
■ Under the bridge at 271km, Ipoh North Junction.
■ Under the bridge at 274.4km, Ipoh South Junction.
■ Under the bridge at 286.9km, Simpang Pulai Junction.
■ Under the bridge at 296km, Gopeng Junction.
■ Under the bridge at 352.6km, after Sungkai Junction.
■ Under the bridge at 353km, Sungkai Junction.
■ Under the bridge at 373km, Slim River Junction.

Kawasan Perak Arah Selatan

■ Under the bridge at 199km, before Kamunting junction.
■ Under the bridge at 241.9km, at Kuala Kangsar junction.
■ Under the sign post at 296.1km, before Gopeng Junction.
■ Under the bridge at 297km, at Gopeng Junction.
■ Under the bridge at 300km, after Gopeng junction.
■ Under the bridge at 308.6km, after Gopeng junction.
■ Under the bridge at 372.6km, at Slim River junction.

Artikel Hangat Terkini :


Read More

Malaysia vs Hong Kong 3-0 Aksi Persahabatan

Leave a Comment

Malaysia vs Hong Kong 3-0 Aksi Persahabatan

Skuad bolasepak kebangsaan mencatatkan kemenangan selesa 3-0 ke atas Hong Kong pada perlawanan persahabatan di Stadium Mongkok, Hong Kong malam tadi.
    
Pada separuh masa pertama, kedua-dua pasukan terikat 0-0 tanpa jaringan.
    
Pada separuh masa kedua, skuad negara mengubah rentak permainan dengan melancarkan serangan bertali arus ke kubu Hong Kong dan penyerang negara yang bermain dengan kelab Pelita Jaya di Indonesia, Mohd Safee Sali membuka tirai jaringan pada minit ke-59 daripada hantaran Kunanlan.  

Kapten Selangor Safiq Rahim melebarkan kedudukan untuk skuad Harimau Malaya pada minit ke-81 menerusi sepakan percuma yang cantik dari luar kotak penalti pasukan Hong Kong.
    
Ahmad Fakri Saarani melengkapkan kemenangan bergaya skuad Harimau Malaya dengan gol ketiga pada masa kecederaan.



Artikel Hangat Terkini :

Persembahan Wonder Girls Yang HOT Berbaju Kurung
Felix Baumgartner Berjaya Terjun Daripada Ketinggian 128097 Kaki
Azraai Khor Abdullah Sah Jurulatih Perak Musim 2013
Pakcik Nordin Ambil PMR Umur 50 Tahun
Porsche Panamera RM900,000 Dilarikan

Read More

500,000 Unit Komputer Riba 1Malaysia (Netbook) Ditambah

Leave a Comment

500,000 Unit Komputer Riba 1Malaysia (Netbook) Ditambah

Sebanyak 500,000 unit komputer riba (Netbook) lagi akan diagihkan sebagai tambahan kepada sejuta unit yang diperuntukan di bawah Program Komputer Riba 1Malaysia menjadikan jumlah keseluruhan 1.5 juta unit.
   
Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Joseph Salang berkata tambahan itu melibatkan perbelanjaan kira-kira RM1.5 bilion semasa menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2013 peringkat dasar bagi kementerian itu di Dewan Rakyat.
    
Program Komputer Riba 1Malaysia diumum selaras pelancaran Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi pada 2010.
   
Sehingga September lepas, sebanyak 754,446 unit Komputer Riba 1Malaysia telah diagihkan di seluruh negara.

Artikel Hangat Terkini :

Read More

Azraai Khor Abdullah Sah Jurulatih Perak Musim 2013

Leave a Comment

Azraai Khor Abdullah Sah Jurulatih Perak Musim 2013

Bekas Jurulatih Negeri Sembilan iaitu Azraai Khor Abdullah kini sah akan membimbing pasukan Perak bagi musim 2013.

Ianya telah disahkan sendiri oleh Pengurus Pasukan Perak iaitu Khairul Azwan Harun.

Bagi musim 2013, Azraai akan dibantu oleh Penolong Jurulatih 1, Choong Yee Fatt dan bekas pemain Perak, Syamsol Saad yang dilantik Penolong Jurulatih 2.
Read More

Felix Baumgartner Berjaya Terjun Daripada Ketinggian 128097 Kaki

1 comment

Felix Baumgartner Berjaya Terjun Daripada Ketinggian 128097 Kaki

Felix telah berjaya mendarat dengan selamat daripada Stratosfera. Ketinggian yang dicapai ialah 128,097 kaki dengan masa terjunan bebas ialah 4 minit 19 saat. Jumlah keseluruhan terjunan ialah 9 minit 3 saat dan kelajuan yang dicapai ialah 1137 km per jam.


Terjunan-terjunan lain yang telah dilakukan olehnya ialah :

Read More

Persembahan Wonder Girls Tampil Berbaju Kurung

Leave a Comment
Persembahan Wonder Girls Tampil Berbaju Kurung

Persembahan Wonder Girls Tampil Berbaju Kurung dari Korea dalam Konsert Wonder World Tour in Malaysia 2012 yang berlangsung pada 13 Oktober di Stadium Negara, Kuala Lumpur telah melakukan kejutan yang terbesar apabila muncul memakai baju tradisional Melayu iaitu baju kurung pada persembahan tersebut.

Mereka mebawa lagu Be My Baby tampil dengan memakai baju kurung bercorak seragam pelabagai warna kelihatan bersahaja dengan tarian mereka. Terdapat beberapa gambar yang sempat diambil dalam konsert yang memukau hampir 5ribu orang yang menyaksikan persembahan mereka pada malam konsert itu.

Secara tidak langsung ianya telah mempromosikan baju tradisional orang melayu dan penampilan mereka juga menjadi topik utama media serta peminat di Korea.

Read More

Karnival Kerjaya Anjuran Pusat JobsMalaysia Sungai Petani

Leave a Comment

Karnival Kerjaya Anjuran Pusat JobsMalaysia Sungai Petani

Tarikh : 20 Oktober 2012 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi-4.00 petang 
Tempat : Dewan Mesra Perdana Institut Kemahiran Mara Sungai Petani (IKM), 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman
Aktiviti : 
1) Temuduga Terbuka 
2) Klinik Kerjaya
3) Pameran Kerjaya
3) Khidmat Nasihat Pekerjaan 
4) Pendaftaran manual dan Online JobsMalaysia 
Read More

Porsche Panamera RM900,000 Dilarikan

Leave a Comment

Porsche Panamera RM900,000 Dilarikan


Sebuah syarikat kenderaan mewah kerugian lebih RM900,000 setelah sebuah daripada kereta mewah yang dipamerkan di bilik pameran di Jalan Bukit Bintang.

Kereta jenis Porsche Panamera berwarna emas itu dilarikan pada kira-kira 9 pagi oleh seorang lelaki yang sebelum itu berpura-pura untuk berjumpa seorang kakitangan di bilik pameran tersebut.
   
Lelaki berpakaian kemas dan bertopi itu kemudiannya naik ke tingkat satu dan menggeledah meja sebelum menemui sampul sampul surat yang mengandungi kunci kereta berkenaan.
   
Suspek kemudiannya turun dan keluar dari ruang pameran sambil menekan kunci bagi mengesan lokasi dan setelah menjumpai kereta itu dia terus memecut menuju ke arah Bukit Bintang.

Read More

Ambil PMR Umur 50 Tahun

Leave a Comment

Ambil PMR Umur 50 Tahun

Saya memang tabik spring dengan seorang pakcik yang bernama Nordin ini yang berumur 50 tahun mencabar diri sendiri untuk mengambil peperiksaan PMR. Pakcik Nordin ni mengulang kaji pelajaran dengan bantuan anak lelaki berusia 12 tahun dan baru selesai menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

Beliau berasa gementar tetapi beliau tabahkan hati untuk ke pusat peperiksaan PMR di Sekolah Menengah Kebangsaan Tasek Utara.

Pakcik Nordin bersama seorang lagi rakan berusia 40-an mencatat sejarah tersendiri apabila menjadi calon persendirian paling tua menduduki PMR.

Pakcik ini yang bekerja sebagai tukang kebun berkata bahawa usia bukan penghalang untuknya menduduki PMR sebaliknya perlu dijadikan contoh kepada golongan muda supaya tidak mensia-siakan peluang yang ada dengan belajar bersungguh-sungguh.

Beliau menduduki PMR kerana mahu menebus kegagalan mendapat keputusan baik dalam peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) 35 tahun lalu dan mendaftar untuk menduduki PMR pada Februari lalu dengan yuran RM85. 
Read More

Karnival Pekerjaan Anjuran Pejabat Tenaga Kerja Kulim

Leave a Comment

Karnival Pekerjaan Anjuran Pejabat Tenaga Kerja Kulim

Tarikh : 13 Oktober 2012 (Sabtu)
Tempat : Perkarangan Pejabat Tenaga Kerja Kulim
Masa : 9.00 pagi - 4.00 petang 
Aktiviti : 
1. Temuduga Terbuka 
2. Pameran Kerjaya
3. Ceramah Kerjaya 
4. Klinik Kerjaya
Read More

Final Piala Malaysia Harga Tiket RM40

Leave a Comment

Final Piala Malaysia Harga Tiket RM40

Harga tiket bagi perlawanan akhir Piala Malaysia 2012 pada 20 Oktober ini dikurangkan daripada RM50 menjadi RM40 kata Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Amin.

FAM sebulat suara bersetuju untuk mengurangkan harga tiket kepada RM40 untuk dewasa dan RM5 bagi kanak-kanak.
Read More

Nikon Akan Tingkatkan Teknologi Wi-Fi

Leave a Comment

Nikon Akan Tingkatkan Teknologi Wi-Fi

Nikon yang dikenali sebagai peneraju dalam segmen kamera, kini sedang menuju ke arah teknologi Wi-Fi yang lebih canggih.
   
Nikon akan mencari jalan memanfaatkan Wi-Fi dan pengkomputeran awan untuk menjadikan penguasaan, pemindahan dan perkongsian media lebih mudah, terjamin dan cepat.
      
Kepakaran Nikon dalam fotografi, digabung dengan kuasa Wi-Fi bermakna Nikon boleh menawarkan rumusan inovatif yang memberikan manfaat kepada keseluruhan pengguna yang disasarkan.
   
Dengan pelancaran siri-siri D2 DSLRnya, Nikon turut melancarkan pemancar tanpa wayar WT-1 di mana bersama-sama WT-1 dan WT-2 yang dinaik taraf, jurugambar tidak lagi memerlukan kabel dan turut menghapuskan had memori dan kapasiti.

Read More

Filem Hantu Kapcai Kutip RM3 Juta Seminggu Tayangan

Leave a Comment

Filem Hantu Kapcai Kutip RM3 Juta Seminggu Tayangan

Kisah hantu dan mat rempit telah berjaya menarik penonton ke pawagam menyaksikan Hantu Kapcai.

Filem arahan Ghaz Abu Bakar yang mula ditayangkan pada hari Khamis minggu lalu itu telah mencatatkan kutipan kasar lebih RM3 juta.

Ianya disahkan sendiri Ketua Pegawai Eksekutif KRU Studios iaitu Norman Abdul Halim.

Hantu Kapcai yang dibintangi Zizan Razak, Remy Ishak, Fizz Fairuz dan Neelofa itu telah menggalakkan sambutan hebat daripada penonton untuk datang menonton Filem Hantu Kapcai.

Read More

McDonald’s Samurai Burger Kembali

1 comment

McDonald’s Samurai Burger Kembali

Rangkaian restoran makanan segera terkemuka iaitu McDonald’s Corporation (McDonald) telah mengeluarkan semula menu Samurai Burger berdasarkan permintaan tinggi  pelanggan kerana kali terakhir menu itu ditawarkan kepada pelanggan adalah 10 tahun lalu.

Samurai Burger hanya boleh didapati dalam tempoh terhad dan menjadi sebahagian usaha syarikat menawarkan lebih banyak pilihan lazat dan berkualiti. Ianya juga boleh didapatkan melalui online di www.mcdelivery.com.my.

Pembuatan Samurai Burger 100 peratus menggunakan daging lembu empuk, dipanggang sempurna dan disalut dengan sos teriyaki manis, salad segar, dikepit dalam roti bijan.

Ianya dilengkapkan dengan Sakura McFizz iaitu adunan Ribena dan Sprite serta kentang goreng Katsu Curry McShaker.

Read More

TV Internet Haram Diserbu

Leave a Comment

TV Internet Haram Diserbu


Kira-kira 2,000 pelanggan televisyen menggunakan protokol internet yang dikenali sebagai MyIPTV di sini berputih mata apabila syarikat pembekal langganan siaran antarabangsa itu diserbu pihak berkuasa kelmarin.

Syarikat terbabit didapati membekalkan siaran televisyen berinternet secara haram termasuk lima saluran lucah yang dikenakan bayaran tambahan.

12 individu berusia antara 28 hingga 40 tahun termasuk pemiliknya ditahan.

Serbuan tersebut dilakukan di sebuah premis di tingkat enam, Kondominium Park View Tower, Jalan Chain Ferry.

Operasi bersepadu pada pukul 11 pagi itu melibatkan anggota polis serta para pegawai dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan pegawai-pegawai dari Cyber Security turut terlibat.

Sumber : Kosmo
Read More

Tempoh Mohon Program Matrikulasi Dilanjut Sehingga 30 November

Leave a Comment

Tempoh Mohon Program Matrikulasi Dilanjut Sehingga 30 November

Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran melanjutkan tarikh permohonan program matrikulasi sesi 2013/2014 yang sepatutnya berakhir Rabu depan kepada 30 November ini.

Kementerian Pelajaran berkata pendaftaran melalui laman sesawang http://www.moe.gov.my itu dibuka kepada pelajar Sijil Pelajaran Malaysia 2012 dengan membeli nombor pengenalan individu yang berharga RM6 di cawangan Bank Simpanan Nasional, bagi permohonan melalui Internet.

Untuk sebarang pertanyaan mereka boleh menghubungi talian bantuan Bahagian Matrikulasi di 03-8884 4036/4040 dari 8.30 pagi hingga 4.30 petang pada hari bekerja.
Read More

Menu Rakyat 1Malaysia Untuk Pengguna Lebuh Raya PLUS

Leave a Comment

Menu Rakyat 1Malaysia Untuk Pengguna Lebuh Raya PLUS

Orang ramai kini boleh menikmati tawaran pakej hidangan tengah hari semurah RM3.50 di bawah inisiatif Menu Rakyat 1Malaysia (MR1M) di kawasan rehat dan rawat (R&R) dan hentian sebelah di rangkaian Lebuhraya Utara-Selatan (Plus).

Sejumlah 100 MR1M  telah pun disediakan di 50 gerai makanan terpilih di R&R dan hentian sebelah di lebuh raya PLUS mulai 1 Okt hingga 31 Mac tahun depan.

Gerai-gerai yang mengambil bahagian dalam program MR1M boleh dikenal pasti menerusi sepanduk dan poster khas yang dipaparkan di gerai terbabit. 

Contoh seperti pakej nasi, ayam goreng dan sayur ditawarkan pada harga RM3.50 berbanding kira-kira RM5 pada kadar biasa.

Selain makan tengah hari, MR1M turut meliputi pakej sarapan pagi di gerai-gerai terpilih.
Read More

ATM, Kelantan, Lions XII dan Selangor Mara Separuh Akhir Piala Malaysia

Leave a Comment
ATM, Kelantan, Lions XII dan Selangor Mara Separuh Akhir Piala Malaysia

ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) akan bertemu Lions XII sementara Kelantan menentang Selangor pada perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia yang akan berlangsung Jumaat ini.
Read More

Khairul Fahmi Che Mat Bercinta Dengan Luniey

Leave a Comment

Khairul Fahmi Che Mat Bercinta Dengan Luniey

Hubungan cinta bukan lagi rahsia yang merupakan pengakuan penjaga gol kebangsaan iaitu Khairul Fahmi Che Mat atau Apex ketika ditanya status terkini hubungan beliau dengan model jelita, Nur Eiluniey Natasha Nazri atau Luniey.

Khairul Fahmi atau dikenali Apex mengakui hubungan beliau dengan model SimplySiti berusia 21 tahun itu kini melangkah ke fasa yang sangat istimewa sebagai pasangan kekasih.

Apex mengenali Luniey apabila digandingkan bersama sebagai model iklan minyak wangi SimplySity beberapa bulan lalu.
Read More

Borang BR1M 2.0 Mula Diedar Bulan Oktober 2012

1 comment
 Borang BR1M 2.0 Mula Diedar Bulan Oktober 2012

Borang untuk mendapatkan wang Bantuan Rakyat 1Malaysia saringan kedua (BR1M 2.0) dijangka mula diedarkan bulan ini, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ir Donald Lim Siang Chai.
  
Kerajaan akan membuat pengumuman mengenai BR1M 2.0 dalam tempoh antara satu hingga dua minggu lagi. Menjelang Oktober, borang itu sepatutnya sudah tersedia.
  
Kriteria penerima diperluas kepada individu bujang berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan tidak lebih RM2,000 sebulan yang akan menerima bantuan RM250.
  
Bantuan yang melibatkan peruntukan RM3 bilion dan mula dibayar awal tahun depan itu akan memberi manfaat kepada 4.3 juta isi rumah serta 2.7 juta individu bujang.
  
Isi rumah yang telah membuat tuntutan untuk BR1M 1.0 tidak perlu mendaftarkan diri untuk BR1M 2.0 manakala kepada isi rumah yang merasakan mereka layak, permohonan baru perlu dilakukan dan akan diteliti semula.
Read More