Paie Digigit Buaya Waktu Buang Air Besar

Leave a Comment

Paie Digigit Buaya Waktu Buang Air Besar

Serangan buaya di Sarawak berterusan apabila seorang mangsa hampir dibaham reptilia ganas di Sungai Santubong, Pending Industrial Estate.

Kejadian pada pukul 8 pagi, seorang buruh binaan warga Indonesia dikenali sebagai Paie berumur 32 tahun terpaksa bergelut selama satu minit dengan seekor buaya dipercayai spesis jejulong sebelum berjaya melepaskan diri.

Lelaki yang berasal dari Kepulauan Jawa itu dikatakan sedang mencangkung di tebing sungai untuk membuang air besar namun belum sempat melepaskan ’hajat’, punggungnya digigit buaya sepanjang kira-kira dua meter.

Paie yang ditemui di Hospital Umum Sarawak memberitahu bahawa sebelum kejadian, dia berseorangan turun ke tebing sungai berhampiran rumah kongsi untuk membuang air besar.

Dia bernasib baik dapat berpaut pada batang besi di sebelahnya dan bertahan ketika cuba ditarik buaya ke dalam sungai.

Rontaan dan pautan pada besi menyebabkan buaya tersebut mengalah dan melepaskan gigitan sebelum dia melompat ke daratan bagi menyelamatkan diri.
Read More

Ustaz Don Daniyal Don Bijayid dan Husna Zahry Rafie Selamat Diijab Kabul

Leave a Comment

Ustaz Don Daniyal Don Bijayid dan Husna Zahry Rafie Selamat Diijab Kabul

Pengacara program 30 Minit Ustaz Don, Don Daniyal Don Bijayid telah pun selamat melangsungkan pernikahan pada pagi semalam di Pulau Pinang dengan wanita pilihannya iaitu Husna Zahry Rafie.

Majlis pernikahan itu berlangsung dalam suasana sederhana tanpa liputan besar-besaran.

Pasangan pengantin baru itu bakal bersanding 1 September ini.
Read More

Selamat Hari Raya Ucapan Nuffnang

Leave a Comment
Selamat Hari Raya Ucapan Nuffnang


Bertuahnya kepada semua Nuffnangers yang beragama Islam apabila pihak Nuffnang memberikan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Selepas sebulan berpuasa maka tibalah hari yang ditunggu oleh semua umat Islam iaitu Hari Raya. Post Terbaru Nuffnang ini juga mengingatkan kepada semua supaya berhati-hati ketika balik kampung dan selamat kembali ke rumah masing-masing selepas berhari raya. Paling penting ialah jangan lupa duit raya :)
Read More

Wanita Maut Terkena H1N1

Leave a Comment

Wanita Maut Terkena H1N1

Seorang wanita telah meninggal dunia di sebuah hospital di Seremban selepas disahkan telah pun terkena virus selesema babi atau Influenza A (H1N1).

Wanita yang berusia 27 tahun yang bekerja di Singapura dan menetap di Johor itu pulang bercuti di kampungnya di Seremban sebelum jatuh sakit dan dibawa ke sebuah hospital untuk rawatan lanjut.

Difahamkan, mangsa meninggal dunia tidak lama kemudian dan bedah siasat mendapati mangsa mati akibat H1N1.

Virus itu bagaimanapun tidak menjangkiti orang lain dan menasihatkan orang ramai supaya tidak panik.
Read More

Dua Beradik Disuap Pasir Oleh Ibu Tiri

Leave a Comment
Dua Beradik Disuap Pasir Oleh Ibu Tiri
Gambar Drp Harian Metro

Sungguh kejam ibu tiri kepada dua beradik berumur tujuh dan 11 tahun ini apabila melakukan perkara yang tidak masuk akal seperti kepala disumbat dalam lubang tandas sebelum dipam, disuap nasi panas serta pasir di rumah mereka di sekitar bandar ini sejak Februari lalu.

Tambahan pula, punggung serta tubuh dua kanak-kanak itu dipukul teruk dengan menggunakan penyangkut baju sehingga meninggalkan bekas tanpa mengira masa oleh wanita berusia 30-an yang berkahwin dengan bapa mereka berumur 30-an penghujung tahun lalu.

Penderaan terhadap dua beradik itu dikatakan lebih teruk menyebabkan mangsa yang berumur 11 tahun sudah tiga kali melarikan diri dari rumah akibat tidak tahan diperlakukan sedemikian tetapi akibatnya, adiknya menjadi mangsa deraan lebih teruk.

Ibu kandung mereka dikatakan melarikan diri meninggalkan kanak-kanak itu dengan suaminya yang tiada kerja dan bekerja sambilan di sebuah ladang kelapa sawit di sekitar daerah Kota Tinggi.

Penderaan itu terbongkar ketika mangsa yang berumur tujuh tahun datang ke sekolah pagi semalam dalam keadaan murung.

Artikel Hot Minggu Ini:


Read More

Lembaga Pelawat HSB Mohon Kementerian Kesihatan Guna Semula Hospital Alor Setar

Leave a Comment
 Lembaga Pelawat HSB Mohon Kementerian Kesihatan Guna Semula Hospital Alor Setar

Lembaga Pelawat Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) memohon Kementerian Kesihatan mempertimbang permohonan mereka supaya hospital lama (Hospital Alor Setar) digunakan semula bagi mengurangkan pesakit di HSB.
 
Sepatutnya setiap wad ada 28 katil tapi pihak hospital terpaksa menambah antara tiga hingga empat katil kerana katil yang sedia ada tidak cukup.

Pengerusinya Ramli Mohd Yunus berkata jika terlalu banyak katil tambahan diletakkan maka akan melibatkan implikasi rawatan dan perkhidmatan serta pesakit juga akan mengalami suasana tidak menyenangkan.
   
Beliau berkata HSB mempunyai 600 katil manakala Hospital Alor Setar boleh diletakkan 800 katil. Sekiranya kementerian menerima permohonan mereka, mungkin kedua-dua hospital itu tidak akan mengalami kesesakan pesakit.
  
Selain itu, beliau juga memohon agar kerajaan pusat mencepatkan pembinaan Hospital Pendang bagi membolehkan masyarakat di Pendang mendapat perkhidmatan perubatan yang sempurna dan tidak perlu bergerak jauh ke HSB dan itu merupakan salah satu faktor kesesakan pesakit di hospital ini.



Artikel HOT minggu ini:

Nurul Firzanah Dibakar Teman Lelaki
Lee Chong Wei Mohon Maaf Klip Video Hina Lin Dan
500 Duri Landak Terpacak Pada Muka Anjing

Read More

Nurul Firzanah Dibakar Teman Lelaki

Leave a Comment

Nurul Firzanah Dibakar Teman Lelaki
Gambar drp Harian Metro

Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun dipercayai dibakar oleh teman lelakinya di kawasan semak berdekatan Seksyen 1, Wangsa Maju, awal pagi kelmarin.

Pada jam 3.15 pagi itu, mangsa yang keluar bersama teman lelakinya berusia 19 tahun itu disimbah petrol sebelum dibakar yang menyebabkan melecur lebih 25 peratus dari muka hingga ke pusatnya dan dilaporkan berada dalam keadaan kritikal.

Bapa mangsa iaitu Mat Zaki Mat Hussin yang berumur 45 tahun berkata bahawa anaknya Nurul Firzanah yang bersekolah dalam tingkatan empat itu pergi ke rumah ibu angkatnya dan apabila tiba di sana ibu angkatnya membenarkan dia keluar untuk berjumpa teman lelakinya untuk bersahur.

Mereka sudah mengenali teman lelaki mangsa dan keluarganya tidak berasa syak untuk membenarkan mereka keluar bersama.

Bagaimanapun, pada jam 3 pagi, dia menerima panggilan daripada nombor yang tidak dikenali memberitahu Nurul Firzanah dibakar berdekatan Flat Wangsa Sari di kawasan terbabit.
Read More

Pandelela Rinong Disambut Meriah 300 Peminat di KLIA

Leave a Comment
Pandelela Rinong Disambut Meriah 300 Peminat di KLIA

Perenang negara, Pandelela Rinong yang meraih pingat gangsa dalam 10m Platform Wanita dalam Sukan Olimpik London baru-baru ini tiba di tanah air pagi ini di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) disambut kira-kira dalam 300 peminat yang berada di ruang balai ketibaan KLIA. Pada minggu lepas, Datuk Lee Chong Wei disambut kira-kira 1000 peminat yang menunggu beliau di KLIA.

Sambutan yang diberikan oleh peminat Pandelela meriah dan walaupun gagal dalam misi membawa pulang emas pertama negara di temasya Olimpik London, Pandelela  tetap menerima pujian dan menjadi kebanggaan rakyat Malaysia kerana menjadi wanita pertama menyumbangkan pingat dalam sukan berprestij itu.

Ruang balai ketibaan KLIA tetap dipenuhi peminat dan penyokong yang tiba seawal 6 pagi dengan membawa sepanduk antaranya 'Selamat Pulang wira negara, tahniah Pendelela, 'Tahniah Pandelela for winning bronze medal in 10m platform' dan 'We are know for our LAH slang now, are well-known for Pandelela-LAH'.

Pandelela tetap tidak lupa diri apabila beliau berkata walaupun beliau berjaya meraih pingat di Sukan Olimpik, Pandelela akan tetap merendah diri sampai bila-bila. Ganjaran khas sempena kejayaan Pandelela mendapat pingat gangsa memang wajar diberikan memandangkan Datuk Lee Chong Wei mendapat ganjaran RM500000.00 dan kami rakyat Malaysia berharap beliau dapat mengekalkan prestasinya untuk mendapat kejayaan di peringkat yang tertinggi.
Read More

Ganjaran Lee Chong Wei RM500,000

Leave a Comment
 Ganjaran Lee Chong Wei RM500,000

Datuk Lee Chong Wei hari ini menerima ganjaran RM500,000 atas kejayaannya meraih pingat perak dalam acara perseorangan badminton Sukan Olimpik London 2012.

Ganjaran itu disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam majlis di Seri Perdana di sini, yang turut dihadiri isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.

Ganjaran tersebut meliputi RM300,000 sumbangan Skim Hadiah Kemenangan Sukan, Majlis Sukan Negara dan juga RM200,000 sumbangan kerajaan Malaysia dalam bentuk Amanah Saham Wawasan.

Selain itu, Chong Wei juga turut menerima hadiah seutas jam tangan yang disampaikan Rosmah, selaku penaung Persatuan Badminton Malaysia (BAM).
Read More

Lee Chong Wei Mohon Maaf Klip Video Hina Lin Dan

Leave a Comment
 Lee Chong Wei Mohon Maaf Klip Video Hina Lin Dan

Datuk Lee Chong Wei memohon maaf berhubung klip video penyanyi rap Wee Meng Chee atau Namewee yang menghina bintang badminton China, Lin Dan.

Beliau juga tidak tahu apa-apa tentang lagu itu dan Chong Wei ingin memohon maaf kepada semua peminat badminton di China semasa Chong Wei berkata dalam laman web peribadinya di "microblogging" weibo, laman web di China yang bersamaan dengan Twitter.

Ia berlaku apabila Namewee memuat naik klip video ciptaannya di laman web yang mengandungi maki-makian dalam bahasa Hokkien terhadap Lin Dan selepas Chong Wei kalah 21-15, 10-21, 19-21 kepada Lin Dan dalam perlawanan akhir badminton perseorangan lelaki Olimpik London, di Arena Wembley.
Read More

4.7 Juta Rakyat Malaysia Merokok

Leave a Comment
4.7 Juta Rakyat Malaysia Merokok

Statistik terbaharu mengenai ketagihan merokok di negara ini memang sangat menggerunkan apabila jumlah perokok telah meningkat kepada 4.7 juta orang pada tahun lalu berbanding statistik 3.1 juta orang pada 2007.

Peningkatan mendadak jumlah perokok dalam tempoh kira-kira lima tahun itu berlaku disebabkan fenomena lambakan rokok seludup pelbagai jenama yang dijual pada harga sangat rendah di pasaran.

Purata perokok di Malaysia membelanjakan sebanyak RM178.80 sebulan untuk membeli rokok.
Read More

Jam Tangan RM1.6 Juta Hadiah Buat Angelina Jolie

Leave a Comment

Jam Tangan RM1.6 Juta Hadiah Buat Angelina Jolie


Brad Pitt, menghadiahkan tunangnya, Angelina Jolie, seutas jam tangan berjenama, Patek Philippe.

Jam yang berharga hampir RM1.6 juta itu direka khas dan mengambil masa selama dua bulan untuk disiapkan.

Menurut Pitt, jam itu akan dihadiahkan kepada Angie sebagai hadiah pra perkahwinan mereka nanti.

Pitt, 48, dan Angie, 37, telah bertunang pada bulan April lalu dan bakal disatukan dalam satu majlis pernikahan di Perancis, tidak lama lagi.
Read More

Pandelela Rinong disambut 'cara dan gaya' Bidayuh

Leave a Comment

Pandelela Rinong disambut 'cara dan gaya' Bidayuh

Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh (DBNA) merancang sambutan besar-besaran bagi penerjun negara, Pandelela Rinong, yang mengutip pingat gangsa Sukan Olimpik 2012, apabila atlet itu pulang ke tanah air Selasa ini.

Pandelela bersama kontinjen negara dijangka tiba di  Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pagi Selasa ini. Presiden DBNA, Ik Pahon Joyik berkata, kepulangan Pandelela nanti akan disambut dengan ‘cara dan gaya Bidayuh’ di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching.

Pahon berkata, beliau akan mengadakan mesyuarat sebagai persediaan kepada sambutan besar-besaran itu.
Read More

Lihat Anak Bulan Syawal 18 Ogos

Leave a Comment

Lihat Anak Bulan Syawal 18 Ogos

Tarikh melihat anak bulan Syawal bagi menetapkan tarikh Hari Raya Puasa ialah pada petang Sabtu, 18 Ogos bersamaan 29 Ramadan ini, menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja hari ini.

Menurut kenyataan itu Majlis Raja-raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh itu adalah berdasarkan rukyah dan hisab.

"Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Malaysia akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh Hari Raya Puasa yang ditetapkan melalui radio dan televisyen," kata kenyataan itu.

Jawatankuasa berkenaan akan melihat anak bulan Syawal di Pontian Kecil; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara; Telok Kemang, Port Dickson; Bukit Melawati, Kuala Selangor; Bukit Jugra, Kuala Langat; Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam; Pantai Pasir Panjang, Daerah Manjong; Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh (Pulau Pinang).

Lokasi lain ialah Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda; Pemandangan Indah, Pulau Langkawi; Menara Alor Star; Bukit Besar, Kuala Terengganu; Bukit Geliga, Kemaman; Pulau Perhentian, Besut; Balai Cerap KUSZA, Setiu; Bukit Peraksi, Pasir Puteh; Bukit Kampong Tembeling, Kuala Krai; Menara Bangunan SEDC, Kota Baharu; Tanjong Lubang, Miri; Teluk Bandung, Kuching; Tanjung Batu, Bintulu.

Tempat lain ialah di Balai Cerap Al-Biruni, Putatan; Bukit Tanjong Batu, Nenasi; Gunung Berincang, Cameron Highlands; Bukit Pelindong, Kuantan; Tingkat 13 Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan; Menara Kuala Lumpur, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya; dan Kuala Sungai Baru, Simpang Empat (Perlis).
Read More

Usain Bolt Dapat Emas 200m Lelaki Sukan Olimpik London 2012

Leave a Comment
Usain Bolt Dapat Emas 200m Lelaki Sukan Olimpik London 2012

Usain Bolt mengekalkan pingat emas - kutipan pingat bersejarah dan satu rekod dalam acara 200m Lelaki pada Sukan Olimpik 2012 London yang berlangsung sekitar jam 4 pagi tadi(waktu Malaysia).

Atlet dari Jamaica menyapu bersih ketiga-tiga pingat dalam acara ini.

Dengan kejayaan hari ini, Bolt, 25, memperoleh pingat kedua dalam acara 200m berturut-turut, sekali gus mencipta rekod sebagai atlet pertama memenangi dua emas dalam acara ini pada Sukan Olimpik.


Read More

Pandelela Rinong Dapat Gangsa Final Acara 10m Platform Individu Wanita Sukan Olimpik London 2012

Leave a Comment
Pandelela Rinong Dapat Gangsa Final Acara 10m Platform Individu Wanita Sukan Olimpik London 2012

Ratu terjun negara, Pandelela Rinong membawa berita gembira dengan menambah satu lagi pingat - gangsa dalam temasya Sukan Olimpik 2012 dengan menduduki tempat ketiga final acara 10m platform individu wanita di Pusat Akuatik, London.

Pandelela memungut 359.20 mata dalam persaingan yang berakhir sekitar jam 3 pagi tadi (waktu Malaysia).

Dalam acara itu, emas dimenangi oleh Chen Ruolin dari China (422.30 mata) dan pemenang perak dibawa pulang oleh Brittany Broben dari Australia
(366.50 mata).

Dengan kejayaan Penerjun muda dari Sarawak ini, Malaysia setakat ini telah mengutip dua pingat pada Sukan Olimpik 2012.

Sumber : Sinar Harian
Read More

Pandelela Rinong Tangga Kedua Pusingan Awal Acara 10m Platform Individu Wanita

Leave a Comment

Pandelela Rinong Tangga Kedua Pusingan Awal Acara 10m Platform Individu Wanita

Ratu terjun negara Pandelela Rinong menghidupkan harapan Malaysia untuk terus memburu pingat kedua dari Sukan Olimpik 2012 selepas menduduki tangga kedua pada pusingan awal acara 10m platform individu wanita, semalam.

Pandelela, yang beraksi dalam Olimpik keduanya selepas Beijing 2008, mengumpul 349.35 mata untuk berada di belakang pendahulu, Chen Ruolin dari China yang mengutip 392.35 mata.

Penerjun kelahiran Sarawak itu sepatutnya menduduki tangga pertama tetapi melakukan kesilapan pada terjunan ketiga dengan mendapat 52.80 mata tetapi menutup kutipan rendah itu dengan mengutip 81.60 mata pada terjunan keempat.

Sumber : Sinar Harian
Read More

Budak 5 Tahun Tangan Putus Tersepit Mesin Tebu

2 comments

Budak 5 Tahun Tangan Putus Tersepit Mesin Tebu

Sambutan hari raya tahun ini sudah pasti berbeza buat Mohd. Hafiz Haikal Shaharudin, 5, yang putus pergelangan tangan kanannya akibat tersepit mesin tebu pada pukul 4.30 petang 31 Julai lalu.

Ibunya, Siti Aishah Mohamad Sidek, 33, memberitahu, sebelum kejadian, dia singgah di sebuah gerai menjual air tebu di Jalan Kampung Sungai Limau dekat sini.

Siti Aishah berkata, dia memberhentikan kereta di tepi jalan manakala Mohd. Hafiz Haikal dan anak keduanya, Nurul Intan Safira menunggu dalam kereta.

Ketika ibunya sedang berurusan membeli air tebu, mangsa keluar dari kereta dan memegang mesin yang sedang memerah batang tebu menyebabkan tangan kanannya tersepit.

Usaha mengeluarkan tangan mangsa yang tersepit dilakukan lebih 30 minit dengan bantuan orang ramai.

Sumber : Kosmo
Read More

Aiskrim Baskin-Robbins Percuma Hari Ini

Leave a Comment

Aiskrim Baskin-Robbins Percuma Hari Ini

Bagi menghargai usaha gigih semua ahli sukan Malaysia yang berjuang di Olimpik London, Impian Emas Negara, satu inisiatif Olimpik oleh Media Prima Bhd, telah memutuskan untuk memberi ganjaran
kepada semua rakyat Malaysia dengan ais krim percuma Baskin-Robbins.

Sebelum itu, Impian Emas Negara berikrar untuk memberi ais krim percuma di cawangan Baskin-Robbins di seluruh negara jika Malaysia menang pingat emas Olimpik pertamanya.

Impian Emas Negara akan tetap memberi ais krim percuma hari ini di kesemua 61 cawangan Baskin-Robbins di seluruh negara, kecuali di dua kiosk di Pantai Hospital, Bangsar, dan Taman Tema Genting, dari 8.00 malam hingga 10.00 malam.

"Setiap seorang rakyat Malaysia berhak mendapat satu skop ais krim berjenama yang diminati itu," kata Ketua Pegawai Operasi Rangkaian TV dan Ketua Pegawai Operasi Primeworks Studios, Media Prima Bhd Ahmad Izham Omar.

"Kami merasakan tiada sebab bagi kami tidak meneruskan rancangan memberi ais krim percuma kepada semua rakyat Malaysia selepas menyaksikan ahli sukan Malaysia mempamerkan komitmen dan semangat kesukanan masing,masing di temasya sukan itu," katanya.

"Kita perlu meraikan kesemua wira yang telah membantu negara mencapai kegemilangan antarabangsa dan di dalam usaha itu, telah menyatukan kita semua," kata Ahmad Izham dalam satu kenyataan.

Inisiatif Impian Emas Negara itu dilancarkan pada Mei.

Sumber : Sinar Harian
Read More

Shila Hamzah Mahu Kekal Bertudung

1 comment

Shila Hamzah Mahu Kekal Bertudung

Selebriti terkenal Shila Hamzah, yang kini popular dengan lagu Patah Seribu, mula mengenakan hijab sejak Sabtu lalu dan berazam untuk kekal bertudung.

Shila berkata, beliau mula mengenakan tudung pada awal Ramadan, tetapi apabila terlibat dengan beberapa penggambaran atau persembahan, beliau akan buka semula.

Hasrat beliau, 22, untuk kekal bertudung terlaksana selepas diajak kekasihnya, Sharnaaz untuk berbuka puasa bersama peminatnya.

Shila juga menyatakan hasrat untuk kekal dengan imej bertudung adalah atas kehendak dirinya sendiri.

Beliau ingin memperbaiki hubungannya dengan manusia dan juga dengan ALLAH.

Sumber : Sinar Harian
Read More

500 Duri Landak Terpacak Pada Muka Anjing

1 comment

500 Duri Landak Terpacak Pada Muka Anjing

Bella Mae, anjing bulldog berusia tiga tahun dari Oklahoma, mempelajari sesuatu yang mungkin tidak akan dilupakannya selepas diserang seekor landak hingga menyebabkan 500 duri landak melekat pada mukanya.

Doktor veterinar di Norman menjalankan pembedahan untuk membuang duri berkenaan dari kepala dan kaki anjing itu.

Mereka percaya sebahagian duri berkenaan masih berada di dalam tubuh Bella Mae meskipun anjing itu kini pulih daripada serangan itu.

Jerry dan isteri, Allison Noles memberitahu stesen televisyen KWTV bahawa anjing itu bermain dengan haiwan peliharaan mereka yang lain berhampiran kolam keluarga itu apabila mereka berdepan dengan seekor landak.


Keluarga itu percaya landak terbabit berada di kolam mereka untuk meminum air yang kini sukar didapati di Oklahoma.


Pasangan itu yakin Bella Mae berada terlalu rapat dan mencetuskan kemarahan landak berkenaan, menyebabkan ia melancarkan serangan.

Doktor veterinar di Pusat Kesemasan Untuk Haiwan, Leonardo Baez memberitahu KWTV, dia belum pernah melihat serangan landak sebegitu teruk ke atas haiwan peliharaan.

Sumber : Kosmo
Read More

Usain Bolt Mahu Sertai Manchester United

Leave a Comment

Usain Bolt Mahu Sertai Manchester United

Manusia terpantas dunia, Usain Bolt semalam sekali lagi merayu Alex Ferguson agar memberi peluang kepadanya untuk menyarung jersi Manchester United.

Juara 100 meter Olimpik itu mengulangi impiannya itu apabila ditanya wartawan mengenai cabarannya pada masa akan datang selepas mempertahankan mahkota raja pecut.

Ini bukan kali pertama Bolt meluahkan niat tersebut kerana dia juga pernah menyuarakan hasrat yang sama ketika melawat kelab kesayangannya itu pada 2009 selepas bertanding dalam satu kejohanan di Manchester.

Bolt, 25, turut menegaskan, dia tidak bergurau apabila mengharapkan Ferguson memberi peluang kepadanya untuk beraksi buat gergasi bola sepak Liga Perdana Inggeris itu, malah menyuarakan hasrat untuk mengganti kekosongan yang bakal ditinggalkan pemain sayap, Ryan Giggs apabila dia bersara nanti.
Read More

Azizulhasni Mara ke Pusingan Kedua Keirin Olimpik London 2012

Leave a Comment
Azizulhasni Mara ke Pusingan Kedua Keirin Olimpik London 2012

Pelumba basikal trek negara, Azizulhasni Awang berjaya mara ke pusingan kedua acara keirin selepas menduduki tempat kedua dalam saringan ketiga di Sukan Olimpik 2012 London.

Hanya dua pelumba terbaik dari tiga kumpulan mara secara automatik ke pusingan kedua.

Pusingan kedua itu akan berlangsung pada pukul 11.30 malam ini (waktu Malaysia) di mana hanya enam pelumba daripada dua kumpulan akan mara ke saingan akhir juga akan berlangsung sebaik sahaja tamat perlumbaan tersebut.
Read More

1,000 Sambut Lee Chong Wei di KLIA Pagi Ini

Leave a Comment

1,000 Sambut Lee Chong Wei di KLIA Pagi Ini

KIRA-kira 1,000 peminat menyambut ketibaan pemain perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei, yang mengutip pingat perak kedua dalam Sukan Olimpik, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang pagi hari ini.

Ruang balai ketibaan KLIA dipenuhi peminat dan penyokong yang tiba seawal 6 pagi dengan membawa sepanduk dan poster antaranya tertera 'LCW - National Hero' dan 'We Love You LCW'.

Semasa menantikan ketibaan Chong Wei, mereka turut menyanyikan beberapa lagu patriotik seperti 'Negaraku' dan 'Barisan Kita' secara beramai-ramai.

Suasana di balai ketibaan itu riuh apabila berita pesawat Malaysia Airlines MH02 yang membawa Chong Wei dari London dilapor mendarat pada kira-kira 7.30 pagi, dengan peminat mula melaung-laungkan nama beliau berulang kali.

Sebaik sahaja Chong Wei melangkah ke balai ketibaan sejam kemudian, para peminat dan penyokong melaungkan slogan 'Malaysia Boleh' dan menyanyikan lagu 'Negaraku' dan 'Barisan Kita' serta melaungkan nama pemain badminton negara itu.

Chong Wei turut bertemu dengan kumpulan media di balai ketibaan sambil mengalungkan pingat perak Olimpik yang dimenanginya untuk sesi bergambar media disambut sorakan gembira peminat.
Read More

Usain Bolt Raja Pecut 100 meter Olimpik 2012

Leave a Comment
 Usain Bolt Raja Pecut 100 meter Olimpik 2012

Usain Bolt dari Jamaica berjaya meraih gelaran raja pecut olimpik selepas berjaya mempertahankan pingat emas acara 100 meter lelaki di Sukan Olimpik 2012 London.

Bolt berjaya mencatat rekod baru Olimpik 9.63s mengenepikan rakan senegara, Yohan Blake (9.75s) di tempat kedua manakala Justin Gatlin dari Amerika Syarikat meraih gangsa.


Read More

Abdul Jabbar Juara Imam Muda Musim Ketiga

Leave a Comment

Abdul Jabbar Juara Imam Muda Musim Ketiga

Setelah sembilan minggu para peserta atau Imam Muda berada dalam program realiti yang masih menjadi fenomena di negara ini, Iman Muda, perjuangan mereka telah berakhir semalam.

Dewan Jubli, Pusat Penilaian Negara (INSPENS), Bangi menjadi saksi Abdul Jabbar Mohammed Kahar, 28, atau Imam Muda Jabar dinobatkan juara ketiga program realiti tersebut selepas Imam Muda Asyraf dan Imam Muda Hassan sebagai juara untuk dua musim sebelum ini.

Ternyata keputusan lelaki dari Selangor itu meninggalkan keluarga terutamanya isteri dan dua orang anak kecil serta menolak tawaran kenaikan jawatan semata-mata untuk menyertai program Imam Muda musim ketiga nampaknya tidak sia-sia.

Mengulas tentang kemenangannya, Jabar melahirkan rasa syukur yang tidak terhingga kepada Ilahi. Dia menyifatkan kemenangannya sebagai permulaan buat dirinya berdakwah.

"Saya memanjatkan kesyukuran yang tiada terhingga kepada Allah Taala. Rasa syukur dan terima kasih atas segala doa dan sokongan peminat Imam Muda, terutamanya ibu bapa dan keluarga.

"Kemenangan ini adalah permulaan untuk menghadapi arena dakwah yang lebih mencabar. Biarpun melalui pelbagai cabaran sebelum dan semasa berada dalam program ini, saya nekad untuk terus berjuang atas nama dakwah.

Naib juara disandang oleh Mohammad Hafiz Abdul Khodir, 27, sementara Abdul Rahman Naufal Mohd Hatta, 21, menduduki tempat ketiga.

Terdahulu, Kemuncak Imam Muda yang bersiaran di Astro Oasis (Saluran 106) dan serentak di Mustika HD (Saluran 134) pada malam Jumaat lalu buat pertama kalinya menyaksikan tiga peserta bersaing pada pusingan final.

Mereka ialah Mohammad Hafiz dari Kuala Lumpur, Abdul Jabbar (Perak) dan Abdul Rahman Naufal (Johor).

Juara Imam Muda musim ketiga membawa pulang wang tunai RM100,000 berserta sebuah trofi sumbangan Astro manakala naib juara pula membawa pulang wang tunai RM35,000 sumbangan Astro, RM15,000 sumbangan Bank Islam dan sebuah piala.

Tempat ketiga turut memenangi wang tunai RM15,000 sumbangan Astro dan RM10,000 sumbangan Bank Islam dan sebuah piala.

Bagi yang ketinggalan menonton final Imam Muda, anda masih boleh mengikuti siaran ulangan hari Sabtu, 4 Ogos ini pukul 5.30 petang atau hari Ahad 5 Ogos 2012 pukul 10 pagi di Astro Oasis (Saluran 106).

Sumber : Kosmo

Read More

Datuk Lee Chong Wei Menang Ke Atas Chen Long Separuh Akhir Badminton Olimpik London 2012

Leave a Comment
Datuk Lee Chong Wei Menang Ke Atas Chen Long Separuh Akhir Badminton Olimpik London 2012

Pingat perak Sukan Olimpik 2012 sudah pasti berada dalam genggaman Datuk Lee Chong Wei selepas kejayaan melangkah ke final acara badminton perseorangan lelaki yang berlangsung di Arena Wembley, London semalam.

Laluannya ke final diperoleh selepas meraih kemenangan straight set 21-13, 21-14 ke atas Chen Long dari China pada perlawanan separuh akhir semalam.

Hanya 51 minit diperlukan oleh Chong Wei untuk menjinakkan Chen Long pada perlawanan tersebut yang menyaksikannya tampil dengan rentak permainannya yang sebenar.

Read More

Puspakom Tawar Pemeriksaan Kenderaan Percuma Sempena Aidilfitri

Leave a Comment
Puspakom Tawar Pemeriksaan Kenderaan Percuma Sempena Aidilfitri

Puspakom Sdn Bhd (Puspakom) menawarkan pemeriksaan kenderaan percuma kepada pemilik kereta persendirian di semua cawangan Puspakom seluruh negara bermula 6 hingga 24 Ogos, sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Puspakom dalam kenyataan di sini hari ini, berkata pemeriksaan kenderaan secara menyeluruh itu akan dijalankan oleh pemeriksa kenderaan Puspakom bertauliah merangkumi pengesahan identiti kenderaan, ujian pengeluaran asap, gelincir sisi, bahagian atas dan bawah kenderaan, ketelusan cermin dan sebagainya.

"Pelanggan hanya perlu menghubungi cawangan yang ingin dikunjungi terlebih dahulu dan mereka akan diberikan satu waktu pemeriksaan yang spesifik.

"Pelanggan juga boleh melayari laman web www.puspakom.com.my untuk senarai cawangan Puspakom seluruh negara atau menghubungi talian bebas tol Puspakom di 1-800-88-6927," kata kenyataan itu.

Pemeriksaan kenderaan secara percuma itu merupakan komitmen dan tanggungjawab sosial Puspakom dalam usahanya memastikan kenderaan berada pada tahap selamat untuk dipandu semasa musim perayaan.

Sumber : Utusan Malaysia


Read More

Rebat Tol Menarik Sempena Aidilfitri

Leave a Comment

Rebat Tol Menarik Sempena Aidilfitri

Pengguna lebuh raya dijangka menikmati rebat tol yang menarik sempena sambutan Aidilfitri ini.

Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) Datuk Ismail Md. Salleh berkata, pengumuman mengenai perkara itu akan dibuat oleh Menteri Kerja Raya dalam masa terdekat.

"Setiap tahun kita berbincang dengan rakan kongsi kita untuk memberi diskaun atau rebat kepada pengguna terutama semasa dan sebelum raya serta untuk hari merdeka.

"Berapa banyak (diskaun)? Menteri kami akan buat pengumuman, namun saya beri jaminan kali ini lebih baik berbanding tahun lepas kerana kita meraikan ulang tahun kemerdekaan ke-55 yang menjadikan tahun ini istimewa," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kempen ’Panadol Be Prepared’, di sini hari ini.

Sumber : Utusan Malaysia


Read More

Datuk Lee Chong Wei ke Separuh Akhir Badminton Olimpik London 2012

Leave a Comment
Datuk Lee Chong Wei ke Separuh Akhir Badminton Olimpik London 2012

Pemain badminton nombor satu negara, Datuk Lee Chong Wei berjaya menepati ramalan apabila melangkah ke perlawanan separuh akhir Sukan Olimpik London.

Dia mengambil masa 44 minit untuk menumpaskan pemain India, Parupalli Kashyap 21-19, 21-11 bagi bertemu pemain China, Chen Long yang juga pilihan ketiga kejohanan.

Sumber : Utusan


Read More

Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong ke Separuh Akhir Badminton Olimpik London 2012

Leave a Comment

Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong ke Separuh Akhir Badminton Olimpik London 2012

Beregu lelaki negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong beraksi cemerlang apabila turut mengesahkan slot ke separuh akhir selepas menewaskan Bodin Isara- Maneepong Jongjit dari Thailand 21-16, 21-18.

Skrip yang sama turut akan diharungi oleh Kien Keat-Boon Heong apabila mereka dijadual menentang beregu China, Cai Yun-Fu Haifeng pada separuh akhir esok.

Pasangan China itu mara selepas menundukkan beregu senegara mereka, Chai Biao-Guo Zhendong 21-15, 21-19 dalam satu lagi aksi suku akhir semalam.

Sumber : Kosmo

Read More

20 Jenis Barang Runcit Bawah Skim Kawalan Harga

Leave a Comment

20 Jenis Barang Runcit Bawah Skim Kawalan Harga

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) semalam mengumumkan 20 jenis barang runcit yang diletakkan di bawah Skim Kawalan Harga sempena Aidilfitri.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tempoh kuat kuasa skim kawalan harga itu ialah selama 15 hari, mulai 12 hingga 26 Ogos.

“Semua peniaga perlu meletakkan tanda harga berwarna merah jambu ke atas barangan harga terkawal untuk mudah membezakan dengan barang-barang lain,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Beliau berkata, peniaga yang gagal berbuat demikian dan tidak mematuhi peraturan harga di bawah skim itu akan dikenakan tindakan tegas di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatuan 2011.

Beliau menambah, seramai 2,000 pegawai penguat kuasa dan kira-kira 1,400 pegawai pemantau harga akan berada di lokasi-lokasi yang menjadi tumpuan pengguna untuk memastikan semua peraturan dipatuhi.

Ismail Sabri baru-baru ini dilaporkan berkata, kementeriannya akan menggerakkan seramai 60,000 skuad Rakan Pengguna mulai minggu ini bagi membantu operasi pemeriksaan dan pemantauan harga barang.

Mereka akan digerakkan sebaik sahaja Kabinet meluluskan cadangan 20 jenis barangan kawalan pada musim perayaan seperti ayam, daging, telur dan sebagainya,” kata beliau.

Sumber : Kosmo
Read More

Dr Sheikh Muszaphar Bakal Timang Anak Kedua

Leave a Comment

Dr Sheikh Muszaphar Bakal Timang Anak Kedua

Isteri angkasawan pertama negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor, Datin Dr Halina Mohd Yunos sedang mengandung cahaya mata kedua pasangan tersebut.

Berita gembira itu disahkan sendiri Dr. Halina menerusi blognya, Barely Super Mommy, semalam.

Dr Halina turut berkongsi gambar imbas kandungan yang baru mencecah usia tiga bulan di blognya.

Dalam entrinya beliau antara lain berkata: “I pray for a healthy baby, safe pregnancy and secretly wishing for a boy” ( saya berdoa mendapat bayi yang sihat, proses kelahiran berjalan lancar dan berharap mendapat bayi lelaki  kali ini).”

Sumber : Sinar Harian
Read More

Pemeriksaan Percuma Kereta Perodua Sehingga 5 Ogos 2012

Leave a Comment
Pemeriksaan Percuma Kereta Perodua Sehingga 5 Ogos 2012

Cepat-cepat dapatkan servis pemeriksaan 20-poin PERCUMA untuk kereta Perodua anda dengan Perodua Tweckbot! Ikuti Twitter Perodua @MYPerodua atau 'Like' laman Facebook MYPerodua untuk mengetahui lokasi Tweckbot. Hanya sehingga 5 Ogos 2012! Maklumat lanjut mengenai pemeriksaan percuma kereta Perodua ini ada di bahagian sini ->>  Pemeriksaan Percuma Kereta Perodua



Read More