iPhone 5 dilancar 12 September

Leave a Comment

(Gambar Sekadar Hiasan)

Apple akan melancarkan telefon pintar yang sangat ditunggu-tunggu, iPhone 5 pada 12 September ini, menurut laporan Bloomberg News hari ini.

Laporan tersebut, memetik dua individu yang memiliki pengetahuan mengenai rancangan syarikat berkenaan berkata, model baru iPhone itu mempunyai paparan lebih besar dan badan lebih halus berbanding model sedia ada iPhone 4S.

Pelancaran itu akan menandakan reka bentuk semula pertama Apple terhadap iPhone sejak iPhone 4 diperkenalkan pada 2010. Sejak itu Apple telah berdepan dengan persaingan sengit daripada Samsung dan jenama lain yang memperkenalkan peralatan baru yang mengatasi iPhone daripada segi saiz dan keupayaan teknikal.


Sumber : Utusan
Read More

China Cuba Mendarat di Bulan Tahun Depan

Leave a Comment

China Cuba Mendarat di Bulan Tahun Depan

China tahun depan akan cuba mendaratkan pesawat penerokaan di atas bulan untuk pertama kali, lapor media kerajaan negara itu, dalam projek terkini program angkasa lepasnya.

``Penerokaan bulan kali ketiga China akan dilepaskan pada separuh kedua 2013,'' kata agensi berita Xinhua semalam. Laporan lain mengatakan ia akan mendarat dan menghantar pulang kajian yang diperoleh di permukaan bulan.

Jika berjaya, pendaratan itu akan menjadi yang pertama bagi China di atas Bulan dan menandakan batu aras baru dalam pembangunan angkasa lepasnya. Ia adalah sebahagian daripada projek China untuk mengorbit, mendarat dan pulang dari Bulan, lapor Xinhua.

Sumber : Utusan Malaysia
Read More

Legoland Malaysia dibuka 15 September ini

Leave a Comment
 Legoland Malaysia dibuka 15 September ini

Legoland Malaysia, taman tema baru yang terletak di Iskandar Malaysia, Johor Bahru bakal dibuka kepada orang ramai pada 15 September ini.

Ketua Pegawai pembangunan Theme Attractions and Resorts Sdn. Bhd., Muhammad Zainal Ashikin berkata, taman tema itu telah 98 peratus siap dengan sebahagian besar infrastruktur dan permainan sudah pun dipasang.

"Kami kini di dalam proses untuk meletakkan sentuhan terakhir dengan pengujian permainan, pemasangan 15,000 model-model Lego menggunakan 50 juta kepingan Lego dan proses terakhir pengindahan taman mengikut tema," katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Sumber : Utusan Malaysia
Read More