Irma Hasmie dan Redza Syah Azmeer Selamat Diijab Kabul

Leave a Comment

Irma Hasmie dan Redza Syah Azmeer Selamat Diijab Kabul

Pelakon dan pengacara, Irma Hasmie Ibrahim, 30, sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Redza Syah Azmeer Mohd. Redzuan, 31, dengan sekali lafaz pada majlis pernikahannya di Dewan Persidangan, Kompleks Perbadanan Putrajaya, di sini hari ini.

Pasangan tersebut dinikahkan oleh bapa Irma iaitu Ibrahim Othman pada pukul 3.55 petang di hadapan Penolong Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk Putrajaya, Mohd. Redza Ahmad.

Pada majlis yang diadakan cukup sederhana tersebut, Irma menerima mas kahwin berjumlah RM 2,220 dan wang hantaran RM33,333.33.

Rombongan lelaki membawa 11 dulang hantaran dan dibalas 13 dulang oleh pihak perempuan.

Sumber : Utusan
Read More

Osman Kering Meninggal Dunia

Leave a Comment

Osman Kering Meninggal Dunia

Presiden Persatuan Seniman, Zed Zaidi mengesahkan menerusi akaun Twitter bahawa pelakon dan pelawak Osman Kering, 58, telah meninggal dunia sebentar tadi.

Osman telah menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) kira-kira jam 3.45 petang.


Osman atau nama sebenarnya, Osman Kassim dimasukkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia akibat komplikasi paru-paru.


Sebelum dibawa ke hospital Allahyarham dikatakan telah rebah sekitar jam 6 petang di rumahnya di Bandar Permaisuri, Cheras.


Allahyarham Osman dikatakan sudah lama menghidap penyakit batuk kering dan sesak nafas dan keadaannya bertambah teruk sejak akhir-akhir ini.


Sumber : Sinar Harian
Read More

Piala AFC: Malaysia tumpaskan Taiwan 4-2

Leave a Comment

Piala AFC: Malaysia tumpaskan Taiwan 4-2

Malaysia mencatatkan kemenangan kedua pada Kejohanan Pusingan Kelayakan Piala AFC Bawah 22 Tahun (B-22) apabila menumpaskan Taiwan 4-2 di Stadium Aung San, Myanmar hari ini.

Ia merupakan perlawanan ketiga pasukan negara apabila sebelum ini Malaysia kalah 2-3 kepada Korea Selatan, Sabtu lepas sebelum bangkit mencatatkan kemenangan pertama membelasah Filipina 7-0 pada Isnin.

Skuad bimbingan Ong Kim Swee itu bermula garang apabila membuka tirai jaringan seawal minit ketujuh menerusi pemain Sabah, Rozaimi Abdul Rahman sebelum pemain Taiwan Chen Yen-Jui menjaringkan gol sendiri pada minit ke-32 untuk memastikan skuad negara selesa dengan kelebihan dua gol.

Rozaimi sekali lagi menampilkan aksi cemerlang apabila menjaringkan gol kedua peribadi dan ketiga buat skuad negara pada minit ke-40 sebelum Taiwan berjaya menembusi gawang negara menerusi Lin Chang-Lun pada minit ke-50.

Pemain tengah D. Saarvindran menambah derita pasukan Taiwan apabila menjaringkan gol keempat pada minit ke-78 sebelum Taiwan menyumbat masuk gol kedua mereka pada masa kecederaan menerusi Wen Chih-Hao.
Read More

PNB Agih Pendapatan 6.5 Sen Bagi Amanah Saham Nasional 2

Leave a Comment

PNB Agih Pendapatan 6.5 Sen Bagi Amanah Saham Nasional 2

Permodalan Nasional Bhd. (PNB) melalui Amanah Saham Nasional Bhd. (ASNB), mengumumkan pengagihan pendapatan sebanyak 6.50 sen seunit untuk Amanah Saham Nasional 2 (ASN 2) bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2012.

Ini merupakan peningkatan sebanyak 1.00 sen seunit berbanding pengagihan pendapatan sebanyak 5.50 sen seunit yang diumumkan tahun lalu.

Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata, kadar pengagihan pendapatan itu membabitkan peruntukan sebanyak RM11.9 juta yang dijangka dapat dimanfaatkan oleh seramai 8,483 pemegang unit yang melanggan 183 juta unit ASN 2.


Sumber : Utusan
Read More

Wang Kertas Baru Malaysia Diedar Mulai 16 Julai 2012

Leave a Comment

Wang Kertas Baru Malaysia Diedar Mulai 16 Julai 2012

Bank Negara Malaysia (BNM) berkata, wang kertas siri baru Malaysia akan berada dalam edaran mulai 16 Julai 2012.

Berikutan itu, BNM telah mengadakan beberapa sesi pertemuan sejak beberapa bulan yang lalu dengan pihak berkepentingan bagi membolehkan pengenalan wang kertas siri baru Malaysia ini berjalan dengan lancar.

Mereka yang terlibat ialah institusi kewangan, kompleks membeli-belah, syarikat pengangkutan awam, syarikat telekomunikasi, pengendali tempat letak kereta, pemilik kios pembayaran serta pengendali mesin wang tunai dan tiket.

BNM dalam kenyataan di sini berkata, sekiranya pihak berkepentingan tersebut belum berbuat demikian, mereka hendaklah mempercepatkan pengubahsuaian mesin mereka agar boleh menerima wang kertas siri baru untuk kemudahan orang ramai.

Sumber : Utusan
Read More

Harimau Muda vs Filipina 7-0 Kelayakan Piala AFC

Leave a Comment

Harimau Muda vs Filipina 7-0 Kelayakan Piala AFC

Skuad negara membelasah Filipina 7-0 pada perlawanan kedua Kumpulan G Kelayakan Piala AFC di Stadium Aung San, Yangon, Myanmar semalam yang sekali gus menebus kehampaan tewas 2-3 kepada Korea Selatan pada perlawanan pembukaan, Sabtu lalu.

Skuad Bawah 22 tahun bimbingan Ong Kim Swee garang sebaik sahaja perlawanan dimulakan apabila tidak menunggu lama untuk meledakkan gol sulung menerusi penyerang Sabah, Md. Rozaimi Abd. Rahman pada minit kedua.

Rentak cemerlang pasukan muda negara berterusan apabila menggandakan asakan dan memperoleh gol kedua menerusi pemain pertahanan, Mohamad Fandi Othman pada minit ke-32.

Selang tiga minit, Rozaimi meletakkan Malaysia pada kedudukan yang cukup selesa apabila menyumbat gol ketiga, sebelum Wan Zaharulnizam Wan Zakaria menjaringkan gol keempat lima minit sebelum wisel penamat babak pertama dibunyikan.

Selepas rehat, pemburuan gol skuad Harimau Muda diteruskan dan gol kelima menjelma apabila Malaysia dihadiahkan sepakan penalti oleh pengadil dari Kyrgyzstan, Faizullin Timur.

Rozaimi yang mengambil tanggungjawab itu, melengkapkan hatrik apabila menewaskan penjaga gol Filipina, Albao Anthony Clores pada minit ke-69 yang sekali gus melebarkan kedudukan kepada 5-0.

Derita Filipina tidak terhenti setakat itu, apabila Rozaimi buat kali keempat merobek gawang pasukan lawan pada minit ke-74 dan Malaysia melengkapkan kemenangan 7 gol tanpa balas melalui pemain gantian D. Saarvindran yang diledakkan pada masa kecederaan (minit ke-91).

Sumber : Utusan
Read More

QPR Akan Berkunjung ke Malaysia

Leave a Comment

QPR Akan Berkunjung ke Malaysia

Kelab Liga Perdana Inggeris, Queens Park Rangers (QPR), akan melawat Malaysia dan Indonesia bulan depan dalam Jelajah Pra-Musim Asia, menurut penaja AirAsia. 

QPR akan mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan tempatan di Sabah pada 17 Julai dan bertemu Kelantan di Kuala Lumpur pada 20 Julai.

Ini akan diikuti perlawanan persahabatan dengan pasukan Indonesia di Surabaya pada 23 Julai.
Read More

Gempa Bumi Kuat Gegar Utara Sumatera

Leave a Comment

Gempa bumi dengan kekuatan 6.5 pada skala Richter melanda utara Sumatera, Indonesia pada 12.34 tengah hari ini. 

Jabatan Meteorologi Malaysia, dalam kenyataan hari ini, melaporkan pusat gempa itu terletak di 118 kilometer ke barat daya Medan, Indonesia, dan 375 kilometer ke barat daya Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Menurut jabatan itu, gegaran dirasai di Pulau Pinang, Kedah, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami dilaporkan.

Sumber : Berita Harian
Read More

Lin Dan Rampas Kedudukan Pemain No. 1 Dunia Lee Chong Wei

Leave a Comment

Lin Dan Rampas Kedudukan Pemain No. 1 Dunia Lee Chong Wei

Selepas bertahan selama 191 minggu sebagai pemain nombor satu dunia akhirnya Datuk Lee Chong Wei terpaksa melepaskan kedudukan itu kepada seteru utamanya, Lin Dan beberapa minggu sebelum berlangsungnya Sukan Olimpik London.

Dalam ranking terbaru Persekutuan Badminton Dunia (BWF) yang dikeluarkan hari ini, jaguh China itu melonjak ke tangga teratas selepas mengumpul 93,313 mata, mengatasi Chong Wei 91,898 mata.

Kecederaan yang membelengu pemain berusia 29 tahun sehingga tidak dapat beraksi pada Siri Super Premier Terbuka Indonesia minggu lalu membuka laluan kepada Lin Dan untuk kembali merampas kedudukan.

Dua lagi jaguh China, Chen Long dan Chen Jin kekal di tangga ketiga dan keempat.

Kejatuhan kedudukan itu bagaimanapun tidak menjejaskan kedudukan Chong Wei di Olimpik London kerana undian dan pemberian status pilihan dilakukan berdasarkan ranking pada 3 Mei, 2012.


Sumber : Utusan
Read More

Angelina Jolie derma AS$100,000 untuk pelarian Syria

Leave a Comment

Angelina Jolie derma AS$100,000 untuk pelarian Syria

Bintang Hollywood, Angelina Jolie menderma AS$100,000 (RM310,000) kepada tabung bantuan pelarian Syria, lapor Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Orang Pelarian (UNHCR).

Jolie yang merupakan duta khas suruhanjaya tersebut menghulurkan sumbangan berkenaan pada sambutan Hari Pelarian Sedunia.
Read More

Buruh kanak-kanak Indonesia melebihi 878,000

Leave a Comment

Jumlah buruh kanak-kanak di Indonesia yang berusia 10 hingga 14 tahun pada tahun lalu berjumlah 878,100 orang dan angka itu adalah amat tinggi, kata Menteri Perancangan Pembangunan Nasional (PPN), Armida Salsiah Alisjahbana.

Selain itu, jumlah kanak-kanak pada lingkungan usia sama yang sedang mencari pekerjaan mencapai 174,500 orang.

Jumlah tersebut merupakan angka yang sangat tinggi dan perkara ini tidak boleh dibiarkan kerana mereka sepatutnya berada di sekolah untuk menimbal ilmu.

Sumber : Utusan
Read More

Taufan Guchol sebabkan 10,000 Penduduk Jepun Pindah

Leave a Comment

Taufan Guchol yang menyerang Jepun semalam, dengan angin kencang dan hujan lebat memaksa beribu-ribu penduduk meninggalkan rumah mereka dan menyebabkan sistem perkhidmatan pengangkutan terganggu.

Pihak berkuasa memberitahu, lebih 10,000 penduduk di Ishinomaki yang terjejas teruk ekoran dilanda gempa bumi dan tsunami tahun lalu diminta untuk meninggalkan rumah mereka.

Penduduk di barat wilayah Wakayama juga turut diminta untuk berpindah kawasan yang lebih selamat.

Angin kuat yang melanda melebihi 90 kilometer sejam mengakibatkan sistem pengangkutan terganggu dan menyebabkan beberapa syarikat penerbangan dan pengendali kereta api di seluruh negara terpaksa membatalkan atau menangguhkan perkhidmatan.

Sumber : Utusan
Read More

Harimau Muda A lawan B-22 Qatar 17 Jun 2012

Leave a Comment

Harimau Muda A lawan B-22 Qatar 17 Jun 2012

Skuad Harimau Muda A akan mengadakan perlawanan persahabatan antarabangsa dengan skuad bawah 22 tahun Qatar di Stadium Shah Alam, Ahad ini.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), dalam satu kenyataan hari ini, berkata perlawanan itu akan bermula pada 4.30 petang dan tiket akan dijual mulai 2 petang.

Harga tiket ialah RM20 untuk dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak bawah 12 tahun.

FAM, pasukan bawah 22 tahun Timor Leste, yang dijadual menentang skuad Harimau Muda A pada tarikh sama, menarik diri atas sebab yang tidak dapat dielakkan.


Sumber : Berita Harian
Read More

Perokok Belanja Purata RM180 Sebulan

Leave a Comment

Perokok Belanja Purata RM180 Sebulan

Seorang perokok dalam kalangan rakyat malaysia membelanjakan secara purata RM180 sebulan untuk membeli rokok dalam kehidupan mereka.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hassan Abdul Rahman berkata, kajian itu yang pertama dilakukan oleh pihaknya dengan kerjasama WHO menunjukkan seramai 4.7 juta rakyat negara ini berusia 15 tahun ke atas adalah perokok.
Read More

Nurul Sah Menjadi Milik Eric Daniel Depp

Leave a Comment


Bekas isteri penyanyi dan komposer tidak asing lagi, Ajai selamat melangsungkan perkahwinan dengan seorang usahawan Perancis di sini semalam.

Nurul Huda Abdul Wahab, 35, atau lebih dikenali sebagai Nurul selamat diijabkabulkan dengan usahawan produk kesihatan Herbalife, Eric Daniel Depp, 47, dengan hanya sekali lafaz di Duchess Place, Jalan Ampang.

Nurul berkata, dia berkenalan dengan lelaki Perancis itu menerusi rakannya, pelakon Zahida Rafik.

Sumber : Kosmo
Read More

Ronaldinho sertai Atletico Mineiro

Leave a Comment

Ronaldinho sertai Atletico Mineiro 

Bekas bintang bola sepak Brazil, Ronaldinho yang menamatkan kontrak dengan Flamengo, minggu lalu selepas mendakwa gajinya berjumlah AS$20 juta gagal dibayar kelab itu, hari ini menandatangani perjanjian untuk beraksi dengan kelab Atletico Mineiro.

“Kami amat gembira untuk mengumumkan bahawa pengurusan kelab berjaya membawa Ronaldinho ke Atletico,” kata presiden baru kelab itu, Alexandre Kalil dalam laman webnya.

Pemain berusia 32 tahun itu pernah beraksi bersama Barcelona dan Milan serta pernah dinobatkan sebagai pemain terbaik dunia.

Ronadinho, yang bersama skuad Brazil menggondol Piala Dunia 2002, akan memperoleh gaji pokok AS$150,000 bagi musim ini berbanding AS$600,000 ketika bersama Flamengo.
Read More