Pesawat MAS A380 di KLIA

Leave a Comment
Pesawat MAS A380 di KLIA

Pesawat baru milik Malaysian Airline System (MAS), Airbus A380 selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang pukul 3.30 petang hari ini seperti yang dijadualkan.

Pesawat tersebut yang berlepas dari Toulouse, Perancis semalam membawa delegasi terdiri daripada wakil-wakil Airbus dan pegawai kanan MAS diketuai Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ahmad Jauhari Yahya.

Airbus A380 iaitu pesawat terbesar di dunia yang tiba hari ini merupakan salah satu daripada enam buah pesawat yang ditempah oleh MAS.

Pegawai Perhubungan Awam MAS, Adlina Azharuddin berkata, MAS merupakan operator pesawat kelapan menerima pesawat bersaiz super jumbo itu.

Sumber : Utusan Malaysia


Read More