Peluang Kaki Pancing Menang Hadiah RM50,000


Peluang Kaki Pancing Menang Hadiah RM50,000

Hadiah bernilai lebih RM50,000 menanti para peserta pertandingan memancing Karnival Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) di Pantai Remis Ahad ini.

Ianya anjuran MDSB dengan kerjasama Wakjali Event Management menawarkan hadiah wang tunai untuk juara bernilai RM30,000 manakala kedua RM10,000 dan ketiga RM5,000.

Pemenang tempat keempat hingga ke-10 bakal menerima RM200 manakala ke-11 hingga ke-30 akan membawa pulang RM100 serta hadiah iringan.

Yuran penyertaan ialah RM80 satu joran dan kaunter pendaftaran dibuka di Pantai Remis bermula jam 2 petang Sabtu ini hingga hari pertandingan.

Pertandingan memancing itu bermula dari jam 11.30 pagi hingga 4 petang dan 10 hadiah cabutan bertuah serta dua cabutan bonanza TV LCD 32 inci menanti.

Artikel Hangat Terkini :



0 Komentar untuk "Peluang Kaki Pancing Menang Hadiah RM50,000"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Back To Top