Jutawan Jadi Pekebun Sayur Akibat Kasanova Internet

Leave a Comment

Jutawan Jadi Pekebun Sayur Akibat Kasanova Internet

Seorang usahawan wanita mengalami kerugian lebih RM5 juta manakala empayar perniagaan miliknya musnah selepas termakan tipu daya seorang kasanova Internet.

Dia menyerahkan enam gambar bogelnya kepada lelaki dipercayai warga Afrika tanpa usul periksa sebelum diugut dan dipaksa menyerahkan wang berulang kali sehingga bankrap.

Keterlanjuran ibu tunggal yang berusia 40-an menyebabkan dia diperas ugut oleh lelaki berkenaan yang akan mengedarkan gambar berkenaan di Internet jika dia enggan menyerahkan wang setiap kali diminta.

Semua wang dan harta mangsa dikikis dan dia bersama anaknya terpaksa pulang ke kampung dan melakukan kerja di kebun untuk menyara hidupnya.

Mangsa mengalami rugi yang besar dan seluruh hidupnya terjejas selepas dua bulan berkenalan dengan suspek melalui Internet tanpa sekali pun bersua muka.

Artikel Hangat Terkini :

Share Informasi Ini Dengan Rakan-Rakan

0 comments: