Hujan di Terengganu dan Pahang dijangka berterusan hingga Rabu

Hujan di Terengganu dan Pahang dijangka berterusan hingga Rabu

Hujan sekejap-sekejap dan kadang-kadang lebat di Terengganu dan Pahang dijangka akan berterusan sehingga hari Rabu ini.

Daerah-daerah terlibat ialah Dungun dan Kemaman di Terengganu dan Kuantan, Pekan dan Rompin di Pahang yang boleh menyebabkan banjir di kawasan-kawasan yang berkedudukan rendah.

Di negeri lain pula, hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana dijangka berlaku di Kelantan, Terengganu, Perlis, Kedah dan Johor juga dijangka berterusan hingga Rabu.

Daerah-daerah yang terlibat ialah Tumpat, Pasir Mas, Kota Baharu, Bachok, Pasir Puteh, Kuala Krai, Tanah Merah dan Machang di Kelantan. Besut, Setiu, Kuala Terengganu, Marang dan Hulu Terengganu di Terengganu. Padang Besar, Kangar dan Arau di Perlis. Baling, Sik, Kubang Pasu dan Padang Terap di Kedah serta Kluang, Mersing dan Kota Tinggi di Johor.

Ia boleh menyebabkan banjir di kawasan-kawasan yang berkedudukan rendah.
Tag : Hujan
0 Komentar untuk "Hujan di Terengganu dan Pahang dijangka berterusan hingga Rabu"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Back To Top