Gempa Bumi Kuat di Timur Laut Jepun

Leave a Comment

Gempa Bumi Kuat di Timur Laut Jepun

Tsunami setinggi satu meter melanda timur laut Jepun semalam selepas gempa bumi kuat mengakibatkan ribuan penduduk terpaksa berpindah ke tempat yang selamat.

Beberapa buah bangunan tinggi di Jepun berhayun selama beberapa minit. Stesen-stesen penyiaran turut meminta penduduk yang tinggal di pesisiran pantai untuk berpindah ke tempat yang lebih tinggi.

Perkhidmatan telefon mengalami kesesakan akibat bilangan panggilan yang dibuat terlalu banyak.

Amaran tsunami ditarik balik pada pukul 7.20 malam waktu tempatan dua jam selepas gempa bumi tersebut berlaku.

Mengikut Kajian Geologi Amerika Syarikat, gempa bumi yang berlaku pada pukul 5.18 petang itu berukuran 7.3 pada skala Richter.

Ahli-ahli meteorologi menyatakan tsunami setinggi satu meter berlaku di bandar Ishinomaki pada pukul 6.02 petang waktu tempatan.

Artikel Hangat Terkini :

Suami Isteri Tinggal Dalam Pembetung Lebih 30 Tahun
Safee Sali Sah Milik Johor
Kate Middleton Isteri Putera William Hamil
Tiket Semi Final Malaysia vs Thailand Piala AFF Suzuki 2012 dijual Jumaat Ini
Gambar Otak Einstein Didedahkan Muzium AS
Trofi Milik Faizal Tahir Terjual RM50,000
Share Informasi Ini Dengan Rakan-Rakan

0 comments: