Datuk K Cedera Kemalangan di New Zealand

Datuk K Cedera Kemalangan di New Zealand

Suami penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza iaitu Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa dikenali sebagai "Datuk K" terlibat dalam kemalangan di Queensland, New Zealand.

Datuk K dilaporkan mengalami kecederaan teruk dengan patah bahu, tangan dan kaki namun keadaannya stabil.

Kejadian berlaku kira-kira 12.45 tengah waktu Malaysia (4.45 petang waktu tempatan) ketika sedang menunggang motosikal berkuasa tinggi.

Siti akan berangkat ke New Zealand esok bagi melihat keadaan suaminya dan terpaksa membatalkan dua persembahan besar iaitu Konsert Ekspresi Karya Gemilang yang dijadualkan berlangsung di Banjarmasin dan Jakarta.
0 Komentar untuk "Datuk K Cedera Kemalangan di New Zealand"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Back To Top