Bandar Kuantan Dilanda Banjir Kilat

3 comments

Bandar Kuantan Dilanda Banjir Kilat

Hujan yang lebat berturut-turut selama tiga jam telah menyebabkan beberapa jalan utama terutama di pusat bandar Kuantan dinaiki air sedalam 1.5 meter.

Jalan tersebut ialah Jalan Tun Ismail Satu, Jalan Beserah, Jalan Wong Ah Jang, Jalan Lim Hoe Lek, Jalan Abd Aziz, Jalan Mahkota, Jalan Bukit Ubi, Jalan Air Putih dan Jalan Pasar.

Ianya berlaku pada pukul 11 pagi semalam telah menyebabkan banyak kenderaan terkandas di jalan raya selain beberapa premis perniagaan ditutup kerana dinaiki air.

Hujan lebat selama tiga jam bermula jam 8 pagi semalam menyebabkan berlaku banjir kilat.

Terdapat 10 kenderaan terkandas dan orang ramai membantu mengalihkan kenderaan mereka.

Lima jam kemudian, air mula surut dan beberapa jalan boleh dilalui semua kenderaan.

Artikel Hangat Terkini :

26 Terbunuh di Amerika Syarikat Akibat Tembakan Rambang di Sekolah
Suami Isteri Tinggal Dalam Pembetung Lebih 30 Tahun
Kate Middleton Isteri Putera William Hamil
Gambar Otak Einstein Didedahkan Muzium AS
Kubur Unik Dikelilingi Projek Kediaman
Pelanggan Terkejut Ayam Berkaki Empat

Share Informasi Ini Dengan Rakan-Rakan

3 comments:

Denaihati said...

kuantan pernah banjir kilaat macam ni ke bro ? nampak teruk juga...

akubiomed said...

Teruk juga banjir yang melanda bandar Kuantan ini.

Asraff Ruslan said...

rasanya sebelum ni tak pernah dengar pun banjir mcm ni....mungkin ni ni ujian dan dugaan drp Allah....