Jemaah Haji Malaysia Mula Pulang Hari Ini

Leave a Comment

Jemaah Haji Malaysia Mula Pulang Hari Ini


310 jemaah haji Malaysia merupakan kumpulan pertama pulang ke tanah air hari ini pada kira-kira 7 pagi waktu tempatan dengan menaiki pesawat Saudi Airlines.

Jemaah berkenaan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di Sepang kira-kira 9.15 malam waktu Malaysia.

28,000 jemaah haji Malaysia akan pulang secara berperingkat dengan penerbangan terakhir dijadualkan pada 28 Nov.

Penerbangan ke Johor Baharu akan bermula pada 3 Nov, Pulau Pinang (12 Nov), Kuala Terengganu (12 Nov), Kuching (13 Nov) dan Kota Kinabalu pada 15 Nov ini.

56 peratus daripada 28,000 jemaah haji Malaysia singgah dahulu ke Madinah untuk melakukan ziarah bermula 6 Nov dan berada di Tanah Suci itu selama lapan hari. Semoga semua jemaah haji ini mendapat haji yang mabrur.

Artikel Hangat Terkini :

Kapal Mewah Milik Steve Jobs
Kate Middleton Wanita Paling Cantik Semula Jadi United Kingdom (UK)
Persembahan Wonder Girls Sangat HOT Berbaju Kurung
Yuna Kena Rompak di Amerika Syarikat
Polis Wanita China Senyum Guna Penyepit Makanan
Khairul Fahmi Che Mat dan Leuniey Nikah Disember 2012


Share Informasi Ini Dengan Rakan-Rakan

0 comments: