Ahli Motor Besar Maut

Leave a Comment

Ahli Motor Besar Maut

Seorang maut manakala enam lagi parah dalam kemalangan membabitkan konvoi 12 motosikal berkuasa tinggi dengan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) di Kilometer 13.6 Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE) sebelum susur Subang Jaya.

Kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu, mangsa yang terbunuh dikenali sebagai Ishak Jaafar, 53, ahli Kelab Kota Tinggi Bikers manakala isteri mangsa yang cedera parah, kini dirawat di Hospital Sungai Buloh.

Antara mangsa yang cedera parah ialah Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi, Johor, Asisten Superintendan Kamardin Yusof yang sedang bercuti.

Konvoi kelab motosikal berkuasa tinggi itu dalam perjalanan ke Phuket, Thailand.

Kemalangan berlaku apabila kenderaan SUV jenis Honda CRV yang berada di laluan tengah lebuh raya berkenaan, menukar laluan secara tiba-tiba.

Artikel Hangat Terkini :

Khairul Fahmi dan Leuniey Natasha Nikah 28 Disember 2012
Pelakon Diana Danielle Mengandung
Maharaja Lawak Mega 2012 Minggu Pertama
Shila Amzah Menang Anugerah Lagu Terbaik AIM 2012
Lamborghini Aventador Roadster RM 3 Juta
Pramugari Egypt Air Mula Pakai Hijab


Share Informasi Ini Dengan Rakan-Rakan

0 comments: