Menu Rakyat 1Malaysia Untuk Pengguna Lebuh Raya PLUS

Leave a Comment

Menu Rakyat 1Malaysia Untuk Pengguna Lebuh Raya PLUS

Orang ramai kini boleh menikmati tawaran pakej hidangan tengah hari semurah RM3.50 di bawah inisiatif Menu Rakyat 1Malaysia (MR1M) di kawasan rehat dan rawat (R&R) dan hentian sebelah di rangkaian Lebuhraya Utara-Selatan (Plus).

Sejumlah 100 MR1M  telah pun disediakan di 50 gerai makanan terpilih di R&R dan hentian sebelah di lebuh raya PLUS mulai 1 Okt hingga 31 Mac tahun depan.

Gerai-gerai yang mengambil bahagian dalam program MR1M boleh dikenal pasti menerusi sepanduk dan poster khas yang dipaparkan di gerai terbabit. 

Contoh seperti pakej nasi, ayam goreng dan sayur ditawarkan pada harga RM3.50 berbanding kira-kira RM5 pada kadar biasa.

Selain makan tengah hari, MR1M turut meliputi pakej sarapan pagi di gerai-gerai terpilih.
Share Informasi Ini Dengan Rakan-Rakan

0 comments: