Pandelela Rinong Tolak Tawaran Belajar di Australia

Leave a Comment
 Pandelela Rinong Tolak Tawaran Belajar di Australia

Ratu terjun negara, Pandelela Rinong telah mengambil keputusan rasmi nekad mengorbankan tawaran melanjutkan pelajaran ke Australia dengan alasan ingin berada di samping jurulatihnya, Yang Zhuliang di tanah air.

Pemenang pingat gangsa 10 meter platform Olimpik London itu menyatakan bahawa dia lebih selesa untuk melanjutkan pelajaran di negara sendiri sekali gus latihannya di Pusat Akuatik Bukit Jalil tidak terganggu.

Selepas mencipta nama di temasya Olimpik baru-baru ini, Lela menerima biasiswa penuh pengajian selama empat tahun di Australia yang ditawarkan negeri kelahirannya, Sarawak. Lela seakan dibayangi tanda tanya sama ada ingin menerima tawaran itu atau sebaliknya demi sukan negara.

Pandelela belum lagi menetapkan keputusan untuk melanjutkan pelajaran di mana-mana universiti tempatan dan hanya bergantung kepada tawaran selepas ini. Lela berhajat mengambil jurusan Sains Sukan dan akan terus berada di samping jurulatih.
Share Informasi Ini Dengan Rakan-Rakan

0 comments: