Puspakom Tawar Pemeriksaan Kenderaan Percuma Sempena Aidilfitri

Leave a Comment
Puspakom Tawar Pemeriksaan Kenderaan Percuma Sempena Aidilfitri

Puspakom Sdn Bhd (Puspakom) menawarkan pemeriksaan kenderaan percuma kepada pemilik kereta persendirian di semua cawangan Puspakom seluruh negara bermula 6 hingga 24 Ogos, sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Puspakom dalam kenyataan di sini hari ini, berkata pemeriksaan kenderaan secara menyeluruh itu akan dijalankan oleh pemeriksa kenderaan Puspakom bertauliah merangkumi pengesahan identiti kenderaan, ujian pengeluaran asap, gelincir sisi, bahagian atas dan bawah kenderaan, ketelusan cermin dan sebagainya.

"Pelanggan hanya perlu menghubungi cawangan yang ingin dikunjungi terlebih dahulu dan mereka akan diberikan satu waktu pemeriksaan yang spesifik.

"Pelanggan juga boleh melayari laman web www.puspakom.com.my untuk senarai cawangan Puspakom seluruh negara atau menghubungi talian bebas tol Puspakom di 1-800-88-6927," kata kenyataan itu.

Pemeriksaan kenderaan secara percuma itu merupakan komitmen dan tanggungjawab sosial Puspakom dalam usahanya memastikan kenderaan berada pada tahap selamat untuk dipandu semasa musim perayaan.

Sumber : Utusan Malaysia


Share Informasi Ini Dengan Rakan-Rakan

0 comments: