Pandelela Rinong Disambut Meriah 300 Peminat di KLIA

Leave a Comment
Pandelela Rinong Disambut Meriah 300 Peminat di KLIA

Perenang negara, Pandelela Rinong yang meraih pingat gangsa dalam 10m Platform Wanita dalam Sukan Olimpik London baru-baru ini tiba di tanah air pagi ini di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) disambut kira-kira dalam 300 peminat yang berada di ruang balai ketibaan KLIA. Pada minggu lepas, Datuk Lee Chong Wei disambut kira-kira 1000 peminat yang menunggu beliau di KLIA.

Sambutan yang diberikan oleh peminat Pandelela meriah dan walaupun gagal dalam misi membawa pulang emas pertama negara di temasya Olimpik London, Pandelela  tetap menerima pujian dan menjadi kebanggaan rakyat Malaysia kerana menjadi wanita pertama menyumbangkan pingat dalam sukan berprestij itu.

Ruang balai ketibaan KLIA tetap dipenuhi peminat dan penyokong yang tiba seawal 6 pagi dengan membawa sepanduk antaranya 'Selamat Pulang wira negara, tahniah Pendelela, 'Tahniah Pandelela for winning bronze medal in 10m platform' dan 'We are know for our LAH slang now, are well-known for Pandelela-LAH'.

Pandelela tetap tidak lupa diri apabila beliau berkata walaupun beliau berjaya meraih pingat di Sukan Olimpik, Pandelela akan tetap merendah diri sampai bila-bila. Ganjaran khas sempena kejayaan Pandelela mendapat pingat gangsa memang wajar diberikan memandangkan Datuk Lee Chong Wei mendapat ganjaran RM500000.00 dan kami rakyat Malaysia berharap beliau dapat mengekalkan prestasinya untuk mendapat kejayaan di peringkat yang tertinggi.
Share Informasi Ini Dengan Rakan-Rakan

0 comments: