20 Jenis Barang Runcit Bawah Skim Kawalan Harga

Leave a Comment

20 Jenis Barang Runcit Bawah Skim Kawalan Harga

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) semalam mengumumkan 20 jenis barang runcit yang diletakkan di bawah Skim Kawalan Harga sempena Aidilfitri.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tempoh kuat kuasa skim kawalan harga itu ialah selama 15 hari, mulai 12 hingga 26 Ogos.

“Semua peniaga perlu meletakkan tanda harga berwarna merah jambu ke atas barangan harga terkawal untuk mudah membezakan dengan barang-barang lain,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Beliau berkata, peniaga yang gagal berbuat demikian dan tidak mematuhi peraturan harga di bawah skim itu akan dikenakan tindakan tegas di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatuan 2011.

Beliau menambah, seramai 2,000 pegawai penguat kuasa dan kira-kira 1,400 pegawai pemantau harga akan berada di lokasi-lokasi yang menjadi tumpuan pengguna untuk memastikan semua peraturan dipatuhi.

Ismail Sabri baru-baru ini dilaporkan berkata, kementeriannya akan menggerakkan seramai 60,000 skuad Rakan Pengguna mulai minggu ini bagi membantu operasi pemeriksaan dan pemantauan harga barang.

Mereka akan digerakkan sebaik sahaja Kabinet meluluskan cadangan 20 jenis barangan kawalan pada musim perayaan seperti ayam, daging, telur dan sebagainya,” kata beliau.

Sumber : Kosmo
Share Informasi Ini Dengan Rakan-Rakan

0 comments: