Pemandu bas maut, 11 cedera nahas dekat Tapah


Seorang pemandu bas ekspres maut manakala 11 lagi cedera dalam kemalangan bas dengan dua treler di Kilometer 303.6 Lebuhraya Utara Selatan jam 3 pagi tadi, kata jurucakap Bomba dan Penyelamat. 

Dua pemandu treler terbabit pula hanya cedera ringan dan dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Kampar. Dalam nahas 2.45 pagi itu, bas Seri Maju yang membawa 11 penumpang sedang dalam perjalanan dari Ipoh ke Kuala Lumpur apabila ia merempuh belakang sebuah treler yang berhenti di lorong kecemasan. 
Pada masa sama, bas itu dirempuh pula dari belakang oleh sebuah treler lain.

Sumber : Berita Harian
Tag : Tragedy
0 Komentar untuk "Pemandu bas maut, 11 cedera nahas dekat Tapah"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Back To Top