Kadar Zakat Fitrah di Pahang Kekal RM 7


Kadar Zakat Fitrah di Pahang Kekal RM 7


Kadar zakat fitrah yang ditetapkan Majlis Ugama  Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) masih kekal pada RM7 berdasarkan harga beras di Pahang untuk tahun ini.

Timbalan Yang Dipertua MUIP Datuk Seri Abdul Wahid Wan Hassan berkata kadar kutipan itu kekal untuk tiga tahun berturut-turut sejak 2009.

Sebelum ini kadar zakat fitrah pada 2007 ialah sebanyak RM4.80 dan dinaikkan kepada RM7.30 untuk tahun 2008 sebelum turun kepada RM7 dari tahun 2009 yang  berkekalan sehingga sekarang.
Tag : Public
0 Komentar untuk "Kadar Zakat Fitrah di Pahang Kekal RM 7"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Back To Top