Chong Wei Dapat Laluan Mudah


Chong Wei Dapat Laluan Mudah

Jaguh perseorangan badminton negara, Datuk Lee Chong Wei mungkin boleh menarik nafas lega dalam misi memburu pingat emas pada Sukan Olimpik 2012 di London.

Berdasarkan undian yang dikeluarkan Persekutuan Badminton Dunia (BWF) semalam, Chong Wei dilihat berdepan laluan mudah untuk sekurang-kurangnya mara ke peringkat separuh akhir.

Chong Wei yang diletakkan sebagai pemain pilihan pertama telah diundi dalam Kumpulan A dan hanya perlu menentang Ville Lang dari Finland.

Jika berjaya mara ke pusingan kedua, pemain No. 2 dunia itu diramal berdepan pemain Indonesia, Simon Santoso yang dijangka mudah bergelar juara Kumpulan B.

Pada peringkat suku akhir, Chong Wei dijangka menentang perseorangan Jepun, Kenichi Tago atau Nguyen Tien Minh dari Vietnam.

Bagaimanapun, Chong Wei akan berdepan cabaran getir apabila dijangka menen- tang bintang muda China, Chen Long jika layak ke peringkat separuh akhir sebelum bertemu seteru utamanya, Lin Dan yang juga dari China andai mara ke pentas final.

Sumber : Kosmo
Tag : Sport
0 Komentar untuk "Chong Wei Dapat Laluan Mudah"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Back To Top