Ariel Peterpan Dibebaskan Daripada Penjara

 Ariel Peterpan Dibebaskan Daripada Penjara

Pembebasan penghibur popular Indonesia, Ariel dari Penjara Kebon Waru di sini pada pukul 9 pagi ini disambut oleh ratusan peminat setianya.

Ariel yang juga vokalis kumpulan Peterpan dibebaskan dengan syarat selepas didapati bersalah terlibat dalam pengedaran video lucah.

Ketika kereta yang membawa Ariel keluar dari penjara tersebut, peminat berteriak namanya selain mengerumuni kenderaan berkenaan.

Kawalan ketat diberikan pihak polis semasa pembebasan Ariel bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.

Ariel atau nama sebenarnya, Nazriel Irham pada 31 Januari tahun lalu dijatuhkan hukuman penjara selama tiga tahun setengah oleh Mahkamah Negeri Bandùng selepas didapati bersalah kerana terlibat dalam pengedaran video porno.

Kes pengedaran video lucah yang melibatkan Ariel dengan dua artis wanita popular tempatan, Luna Maya dan Cut Turi itu mencetus kegemparan di negara yang dihuni penduduk Islam paling ramai di dunia itu.

Pada pukul 4 petang ini (5 petang waktu Malaysia), Ariel akan mengadakan sidang akhbar di salah sebuah hotel di sini.

Sumber : Utusan Malaysia
Tag : Celebrities
0 Komentar untuk "Ariel Peterpan Dibebaskan Daripada Penjara"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Back To Top