Rebat Elektrik RM20 Sebulan dilanjutkan Disember

Leave a Comment

Rebat elektrik bagi bil di bawah RM20 yang dinikmati oleh 1.08 juta pengguna di seluruh negara akan diteruskan sehingga hujung tahun ini.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berkata, mereka yang layak mendapat pengecualian pembayaran bil ialah pengguna yang menggunakan elektrik kurang daripada RM20 sebulan.

''Kerajaan telah membelanjakan kira-kira RM141 juta setahun bagi membiayai pemberian rebat ini.

''Kerajaan memperkenalkan program pengecualian pembayaran bil ini sejak Oktober 2008, khusus untuk pengguna domestik berpendapatan rendah," katanya ketika berucap pada majlis penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kementeriannya, di sini hari ini.

Sumber : Utusan Malaysia
Share Informasi Ini Dengan Rakan-Rakan

0 comments: