Mangsa Banjir di Pahang Meningkat

Leave a Comment


Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan di daerah Kuantan dan Pekan terus meningkat kepada 1,026 orang berbanding 805 orang petang semalam.

Mangsa pemindahan daerah Kuantan yang ditempatkan di lima pusat pemindahan meningkat kepada 704 orang daripada 189 keluarga.

Daerah Pekan pula masih kekal satu pusat pemindahan yang menempatkan 322 orang daripada 78 keluarga.


Share Informasi Ini Dengan Rakan-Rakan

0 comments: